Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Tunggakan PTPTN Hampir RM3.5 Billion

Posted by kezamx on Tuesday, 22 April 2014





KUALA LUMPUR – Seramai 425,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih belum melunaskan pinjaman mereka dengan jumlah tunggakan hampir RM3.5 bilion, sehingga Mac tahun ini.



Ketua Eksekutifnya Agos Cholan berkata PTPTN memandang serius jumlah tunggakan itu dengan pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan kutipan perbadanan itu terus meningkat.



“Perlu diingat PTPTN akan menyenaraihitam nama peminjam sekiranya tiada bayaran diterima dalam tempoh 20 bulan.



“Kita mengambil langkah mesra, bukan tak bayar sebulan terus blacklist,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Sahabat PTPTN Peringkat Nasional di sini hari ini.



Mengulas lanjut, Agos berkata setakat ini, 130,000 peminjam disenaraihitamkan, namun 45,000 daripada jumlah itu telah tampil untuk berunding dengan PTPTN supaya nama mereka dikeluarkan daripada senarai itu.



Dalam pada itu, beliau berkata PTPTN menyasarkan peningkatan kepada 23 peratus dari segi jumlah kutipan bayaran balik pinjaman melalui kaedah potongan gaji tahun ini.



“Kami menyasarkan peningkatan kutipan bayaran balik lima peratus tahun ini berbanding tahun lepas, dan kami berharap peminjam yang membuat pemotongan gaji pula meningkat daripada 12 peratus menjadi 23 peratus,” katanya. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free