Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Adalah Kritikal Bagi Malaysia Untuk Melaksana Kedaulatan Undang-Undang Secara Adil Dan Telus - Penasihat Keselamatan AS

Posted by kezamx on Tuesday 29 April 2014

Adalah Kritikal Bagi Malaysia Untuk Melaksana Kedaulatan Undang-Undang Secara Adil Dan Telus - Penasihat Keselamatan AS


File photo of U.S. Ambassador to the United Nations Rice speaking at the White House in WashingtonAS ikuti kes Fitnah II, teliti perjalanan mahkamah

[kd]- Penasihat Keselamatan AS, Susan Rice berkata, negara itu mengikuti dengan teliti kes rayuan Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan dikeluarkan Rumah Putih semalam, Susan berkata, dakwaan terhadao Anwar dan perjalanan perbicaraan menimbulkan keprihatinan AS mengenai kedaulatan undang-undang dan kebebasan mahkamah di Malaysia.

SusanRice_LGE_Anwar_Mustafa“Adalah kritikal bagi Malaysia untuk melaksana kedaulatan undang-undang secara adil, telus untuk meningkatkan keyakinan terhadap demokrasi dan badan kehakiman,” kenyataan tersebut dipetik.

Semalam, Susan bertemu pemimpin Pakatan Rakyat bagi mendengar pandangan mereka mengenai keadaan di Malaysia dan usaha memberi penekanan terhadap usaha pendemokrasian, ketelusan dan pembaharuan.

Katanya, AS memberi perhatian terhadap isu-isu kebebasan politik, hak asasi, kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan beragama.

Susan turut mengulangi mesej Presiden Barack Obama bahawa AS mengalu-alukan usaha menegakkan hak asasi manusia tanpa mengira fahaman politik , etnik, bangsa atau agama.

Dalam pada itu kata Susan berkata, lawatan bersejarah Presiden AS ke Malaysia merupakan peluang untuk meneruskan hubungan kedua negara.

“Kami berusaha memperluaskan penglibatan dengan semua pihak di Malaysia, termasuk masyarakat awam, industri , pelajar dari seluruh spektrum politik,” katanya.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free