KUALA LUMPUR – Program pengajian Matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah setaraf, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching semasa membuat penegasan itu berkata kedua-dua program itu berfungsi sebagai prauniversiti dalam persediaan pelajar untuk memasuki institusi pengajian tinggi.
“Kurikulumnya adalah sama, iaitu bagi memberi persediaan kepada pelajar yang akan memohon melanjutkan pengajian ke universiti.
“Program matrikulasi menawarkan kursus sains dan perdagangan manakala STPM pula menawarkan kesusasteraan dan sains,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Lim Nget Yoon di sini.
Lim ingin tahu tentang kedudukan kedua-dua program pengajian itu yang dikatakan tidak setaraf pada pandangan umum.
Yap berkata matrikulasi menawarkan program asasi, dalam bentuk laluan pantas, manakala STPM pula melibatkan tempoh pengajian selama dua tahun. – BERNAMA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment