Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Remaja Maut Motosikal Dirempuh Lori

Posted by kezamx on Wednesday 30 April 2014





BESUT – Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditunggani dirempuh sebuah lori setelah melanggar sebuah kenderaan lain di Jalan Jerteh-Kuala Terengganu, dekat Kampung Apal, tengah hari semalam.



Mohd Ikmal Hafiz Awang, 18, berasal dari Kuala Kubang, Jabi meninggal dunia pada 8.16 malam tadi, iaitu kira-kira lapan jam selepas menerima rawatan di Hospital Besut akibat kecederaan parah di kepala.



Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata dalam kejadian pada kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Jerteh.



Katanya, mangsa yang menunggang berseorangan mengekori sebuah kereta yang dipandu seorang wanita namun tidak dapat mengelak ketika kereta berkenaan berhenti memasuki simpang ke kanan jalan.



“Motosikal yang ditunggangi Mohd Ikmal Hafiz terlanggar bahagian kanan belakang kereta berkenaan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah lori yang datang dari arah Kuala Terengganu,” katanya kepada pemberita hari ini.



Beliau berkata, pemandu wanita dan pemandu lori yang kedua-duanya berumur 40 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free