Pages

kezamx. Powered by Blogger.

[Panas] Fitnah Liwat II : Najib Berbohong Tentang Kes Anwar Di Sidang Media Obama

Posted by kezamx on Monday, 28 April 2014

[Panas] Fitnah Liwat II : Najib Berbohong Tentang Kes Anwar Di Sidang Media Obama


[kd]- Perdana Meneri, Datuk Seri Najib Razak berbohong tentang kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
 
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, kenyataan Najib bahawa Fitnah II adalah kes peribadi antara seorang individu dengan individu yang lain adalah sangat mengejutkan, tidak jujur dan terang-terangan palsu.

“Kes terhadap Anwar bukan tindakan peribadi oleh seorang individu. Ia adalah dakwaan jenayah yang dibawa Peguam Negara

“Peguam Negara adalah penasihat undang-undang dan bertindak bagi pihak kerajaan,” kata Surendran dalam kenyataannya hari ini.

Semalam, pada sidang media bersama Obama di Putrajaya, Najib berkata bahawa kes Fitnah II adalah kes yang difailkan seorang individu terhadap Anwar dan bukannya tindakan kerajaan.

Justeru kata Surendran, penafian tersebut adalah tindakan pura-pura yang memalukan, kerana Najib sendiri dikaitkan apabila dia secara peribadi bertemu saksi utama kes, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum kejadian fitnah itu dikatakan berlaku.

“Kalau ia aduan seseorang yang tidak melibatkan pemerintah, mengapa Perdana Menteri bertemu pengadu sebelum insiden?

“Tidak ada penjelasan masuk akal pernah diberikan Najib mengenai pertemuan jahat ini,” kata Surendran.

Rambahnya, Najib juga sengaja mengabaikan kebimbangan luas oleh pemerintah dan organisasi dari seluruh dunia terhadap dakwaan keatas Anwar dan secara hipokrit menyatakan bahawa Fitnah II adalah kes biasa.

“Kenyataan Najib tak masuk akal, memalukan negara di hadapan media antarabangsa dan Presiden AS yang melawat negara ini,” tegas Surendran.


                             Najib: Kes Liwat II bukan k'jaan lawan Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah melakukan banyak pembaharuan yang mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebebasan sivil dan kedaulatan undang-undang, dan usaha itu tidak sepatutnya dikesampingkan oleh pengkritik kerajaan.

Mengakui bahawa lebih banyak lagi perlu dilakukan dalam isu berkenaan, beliau berkata masyarakat juga perlu bersedia untuk berubah.

"Kerana apa yang penting adalah hasilnya. Dan sebagai perdana menteri negara ini, saya komited untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keharmonian (di Malaysia).

Itu perkara paling penting, dan rakyat perlu menghormatinya," katanya. Najib berkata demikian semasa menjawab soalan berhubung perkara itu dalam sidang akhbar bersama-sama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama selepas sesi perbincangan antara kedua-dua pemimpin di sini pada Ahad sempena lawatan tiga hari presiden AS itu ke Malaysia.

Beliau berkata bagi Malaysia, ia melibatkan sensitiviti yang ada hubung kait dengan kumpulan minoriti dan majoriti serta dalam mentadbir negara.

Memberikan contoh beberapa pembaharuan yang dilakukan sejak beliau memegang jawatan perdana menteri pada 2009, Najib berkata ia termasuk keputusan besar untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Negara-negara lain belum berbuat demikian, tetapi Malaysia telah mendahului dalam berbuat demikian...dalam tempoh ini, adalah adil untuk katakan bahawa ini merupakan pembaharuan terbesar dari segi kebebasan sivil dalam sejarah Malaysia.

"Dan saya fikir, anda tidak patut pandang rendah atau perkecilkan apa jua yang telah kami lakukan," kata Najib.

Berhubung kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berkata beliau mahu menjelaskan akan hakikat bahawa ia bukan mengenai kerajaan lawan Anwar.

Beliau memberitahu sidang akhbar itu, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Malaysia dan CNN, bahawa ia melibatkan seorang bekas pekerja Anwar yang membangkitkan kes itu terhadapnya.

"Dan dari segi undang-undang, tidak kira anda orang kecil atau orang besar, kita mempunyai hak samarata untuk mendapatkan keadilan dan saya fikir anda juga berpegang dengan prinsip ini," kata Najib.

"Percayalah bahawa Malaysia komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman dan kebebasan sivil," tegasnya.

Sementara itu, Obama berkata isu seperti hak asasi manusia, kebebasan sivil dan kebebasan akhbar tidak pernah tersisih daripada agenda dalam pertemuannya dengan pemimpin-pemimpin lain dunia dan begitu juga dalam pertemuannya dengan Najib.

Presiden berkata pandangan kononnya Malaysia tidak berbuat secukupnya untuk menangani kebimbangan itu mungkin tidak sepenuhya mencerminkan pembaharuan yang telah dibuat oleh Najib.

Obama menegaskan bahawa beliau tidak akan bertemu dengan Anwar pada lawatan ini juga dengan sendirinya bukan membayangkan kurang prihatin terhadap isu seumpama itu, tetapi atas hakikat bahawa "banyak orang yang saya tidak temui dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang saya tidak temui".

Obama berkata apa yang dikongsikannya dengan Najib bahawa teras kepercayaan yang dihormati masyarakat, antara lain, kedaulatan undang-undang, kebebasan bersuara, hak pembangkang untuk membantah "malah apabila ia membuatkan anda rasa bagai nak gila, malah apabila ia tidak munasabah" akan menjadi ukuran baik sama ada atau tidak masyarakat akan mencapai kejayaan pada abad ke-21.

Presiden berkata AS sama juga seperti Malaysia, masih perlu lakukan sesuatu berhubung isu berkenaan.

"Dan saya akan sentiasa komited untuk memastikan isu berkenaan dibangkitkan secara konstruktif. "...dan saya akan terus memberi galakan kepada beliau (Najib) sebagai seorang sahabat dan rakan kongsi untuk memastikan ada kemajuan dalam soal itu," katanya.

- Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free