Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Fama Tambah Bekalan 32 jenis Komoditi Di T’ganu

Posted by kezamx on Wednesday 30 April 2014





KUALA TERENGGANU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan menambah bekalan 32 jenis komoditi di bawah program khidmat belanja dapur di seluruh pasar tani di Terengganu pada awal Julai.



Pegawai Fama negeri Hasan Jusoh berkata tambahan bekalan itu bagi memastikan barang keperluan harian mencukupi khususnya bagi menghadapi bulan puasa dan sambutan Aidilfitri.



“Antara 32 komoditi itu ialah ayam proses, sayur-sayuran, ikan seperti ikan selayang dan selar kuning serta lain-lain dengan harga yang lebih rendah berbanding pasar awam yang lain,” katanya kepada Bernama.



Beliau berkata orang ramai juga boleh mendapatkan barang-barang keperluan itu di 15 buah Agro Bazar di seluruh Terengganu bersempena bulan puasa dan Aidilfitri nanti.



Hasan berkata sempena Ramadan, pihaknya akan terus mengawal harga komoditi berkenaan bagi menghalang peniaga menaikkan harga sewenang-wenangnya.



“Dalam pada itu, Fama juga sedang mengambil langkah untuk menambah bekalan kelapa yang dijangka banyak digunakan pada bulan puasa ini,” katanya.



Hasan berkata kebiasaannya santan kelapa banyak digunakan oleh peniaga makanan untuk juadah berbuka puasa.



Sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan kelapa pada bulan puasa ini juga boleh berhubung terus dengan Fama negeri, katanya. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free