Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan berlangsung dari 28 Okt hingga 1 Nov, kata Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib berkata perhimpunan lima hari itu bermula dengan taklimat presiden pada 28 Okt, diikuti perhimpunan sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 29 Okt.
“Perasmian Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 30 Okt dan berakhir pada 1 Nov,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.
Turut hadir timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan anggota Majlis Tertinggi Umno yang lain.
– BERNAMA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment