Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Fitnah Kelantan Gold Trade Sdn Bhd : Utusan Diperintah Membayar RM40,000 Dan Mohon Maaf

Posted by kezamx on Monday, 28 April 2014

Fitnah Kelantan Gold Trade Sdn Bhd : Utusan Diperintah Membayar RM40,000 Dan Mohon Maaf


Fitnah KGT: Utusan mohon maaf, bayar gantirugi
Selain memohon maaf kepada Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT), Utusan Melayu juga diperintah membayar RM40,000 kepada agensi milik kerajaan negeri itu, di atas penerbitan berita berunsur fitnah.

Permohonan maaf tersebut menyebut Utusan Melayu dengan suci hati menyesali penerbitan artikel berkaitan KGT berdasar kenyataan diberi defendan keempat, Nik Mahani Mohamed.

Selain itu Utusan memohon maaf terhadap segala kesulitan, penjejasan ke atas reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami hasil penerbitan berita-berita tersebut.

Oleh itu akhbar yang didominasi Umno tersebut juga berjanji tidak mengulangi kenyataan-kenyataan yang telah diterbitkan.

Perbicaraan kes tersebut dikendalikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Azman Abdullah pada prosiding yang berlangsung semalam.

Sebelum ini akhbar terbabit pada 18 Jun sehingga 2 Julai 2012 menerbit beberapa berita berunsur fitnah mengenai KGT antaranya bertajuk “KGT Didakwa Diselubungi Skandal”, “Polis Siasat Skandal Dinar Emas”, “Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam”, “Skandal KGT: Syed Azidi Sedia Kemuka Bukti” dan “Dinar Kelantan Sekadar Perhiasan Biasa”.

Berita-berita terbabit ditulis wartawan Saifulizam Mohamad dan Azran Fitri Abdul Rahim.

Pada perbicaraan itu Utusan Melayu diwakili peguam M Reza Hassan dan Ellia Zuraini Mat Zin bersetuju membayar sebanyak RM40,000 kepada KGT.

Plaintif (KGT) diwakili peguam Zainal Abidin Mustaffa.

Sebelum ini defenden keempat kes terbabit, Nik Mahani memohon maaf kepada KGT kerana memberi maklumat tidak benar berkaitan agensi itu kepada Utusan Melayu.

HARAKAHDAILY

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free