Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Liga KDM Tawar Hadiah RM500,000

Posted by kezamx on Sunday 27 April 2014





KEJOHANAN bola sepak Liga KDM Malaysia dijangka bermula Ogos ini menawarkan hadiah keseluruhan RM500,000.



Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony berkata, juara akan menerima RM100,000, tempat kedua RM50,000, tempat ketiga RM20,000 dan keempat RM10,000.



Lebih 20 pasukan khususnya dari pedalaman Sabah dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan itu nanti, katanya dalam sidang akhbar di sini, malam tadi.



Katanya, pasukan yang menyertai tidak dikenakan yuran penyertaan sebaliknya perlu membayar RM5,000 sebagai persediaan bagi tindakan denda sekiranya melanggar peraturan semasa perlawanan seperti terlibat pergaduhan.



Beliau berkata setiap pasukan hanya dibenarkan menggunakan lima pemain import.



Menurutnya, kejohanan itu dianjurkan sebagai landasan untuk melahirkan lebih ramai golongan belia terutama di luar bandar berkecimpung dalam arena sukan bola sepak.



“Kita (KDM Malaysia) sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu liga ini menjadi platform kepada penduduk terutama anak-anak muda di luar bandar memperlihatkan bakat-bakat terpendam kerana tidak berpeluang menyertai kejohanan lebih berprestij,” katanya. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free