Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Peserta Himpunan Bantah CBP Perlu Patuh Peraturan – Polis

Posted by kezamx on Wednesday 30 April 2014





KUALA LUMPUR – Polis meminta penganjur dan peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (CBP) yang dijadual diadakan di sini hari ini supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.



Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pihaknya membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan secara aman itu hasil empat kali pertemuan dengan mereka.



“Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan sama sekali berkumpul dan masuk dalam padang dan podium di Dataran Merdeka kerana kawasan itu sedang dinaik taraf, mereka hanya dibenarkan berkumpul di sekitar Dataran Merdeka sahaja.



“Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak, pembesar suara dan senjata ketika perhimpunan sedang berlangsung,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.



Beliau berkata perhimpunan tersebut dijangka bermula pukul 2 petang dan berakhir 5 petang esok.



Sementara itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melalui lapan kawasan yang dijangka berlaku kesesakan lalu lintas ekoran perhimpunan tersebut pada sekitar pukul 12 tengah hari sehingga 8 malam esok.



Kawasan terbabit ialah KLCC, Sogo, Masjid Negara, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid India, Puduraya dan Dataran Maybank berhampiran Plaza Rakyat.



Menurutnya, tiada penutupan jalan dilakukan.



– BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free