Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Kisah Pilu Dan Menyayat Hati Seorang Anak Seni Bernama Ahmad Nisfu Yang Ramai Tidak Tahu!!

Posted by kezamx on Sunday 31 August 2014


Siapakah Ahmad Nisfu

Kalau menonton filem P Ramlee sudah pasti anda mengenali Ahmad Nisfu. Ahmad Nisfu sememangnya kawan baik dengan P.Ramlee.

Banyak filem arahan P.Ramlee akan melibatkan Ahmad Nisfu dan dia juga sering membawa watak agak besar.

Ahmad Nisfu juga digelar Pak Besar oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Awal Karier

Pelakon ini berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang. Beliau sering memegang watak kecil di awal karier bersama Shaw production. Sahw yang membawa Ahmad Nifsu ke dunia lakonan.

Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil.

Kehiduapan Sosial

Untuk pengetahuan Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Penutupan Syudio Jalan Ampas

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.

Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu.


Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.- Balbo

Kehidupan Selepas Berhenti Berlakon

Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.


dipetik dari blog yuya-hotlips
Jom BacaKisah Pilu Dan Menyayat Hati Seorang Anak Seni Bernama Ahmad Nisfu Yang Ramai Tidak Tahu!!

Contoh Perbuatan Negatif Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak Yang Tidak Boleh Diterima

Posted by kezamx on Tuesday 26 August 2014

Berikut merupakan contoh beberapa gambar perbuatan negatif terhadap anak-anak yang tidak boleh diterima dek akal.. 










Sumber: dairishare
Jom BacaContoh Perbuatan Negatif Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak Yang Tidak Boleh Diterima

10 Manusia Yang Mirip Dengan Karaktor Kartun

Posted by kezamx

Sama giler2..hahahaha..Wujud rupanya wajah kartun di dunia nyata ni.. Susah nk percaya


Carl Fredricksen, Up



 Alfredo Linguini, Disney Pixar's Ratatouille


Eric Cartman, South Park


Peter Griffin, Family Guy


Dora The Explorer


Popeye


Mario Bros


BEAVIS


Meg, Family Guy


Ned Flanders, The Simpsons


Jom Baca10 Manusia Yang Mirip Dengan Karaktor Kartun

(VIDEO & 2 Gambar) Pengantin separuh bogel di jalanraya

Posted by kezamx on Monday 25 August 2014


image
Selepas pesta sukan bogel di Pulau Pinang yang menggemparkan negara, pengguna jalan raya di sekitar Jalan Sultan Yussof di sini, digemparkan pula dengan gelagat satu pasangan dipercayai model pengantin yang berjalan dalam keadaan separuh bogel ditengah-tengah kesibukan lalu lintas untuk menjalani sesi fotografi di laluan itu, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berkenaan dilihat hanya memakai bikini berwarna putih manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang hitam tanpa baju. 
image
Tindakan pasangan itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pengguna jalan raya malah gambar pasangan terbabit juga dilaporkan sudah mula tersebar meluas di media sosial dan menjadi kritikan hebat. 

Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, rakaman sesi fotografi itu dipercayai dilakukan tidak lama iaitu kira-kira 10 minit, bagaimanapun ia menarik minat pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan kerana mereka berpakaian menjolok mata serta tidak senonoh.

Gambar ini dikhabarkan diambil berhampiran CIMB dan HSBC di Jalan Sultan Yussuf, Ipoh, Perak. Nampak seperti pasangan ini akan atau telah melangsungkan majlis perkahwinan atau sekumpulan pekerja sedang mengadakan sessi fotografi.
Gambar pasangan terbabit yang dirakam seorang pengguna facebook dipercayai diambil berhampiran sebuah bank berhampiran Padang Ipoh di sini, dan kini sudah tersebar dan dikongsi ribuan pengguna facebook lain.
Jom Baca(VIDEO & 2 Gambar) Pengantin separuh bogel di jalanraya

Sharnaaz Ahmad Dan Azwan Ali Bergaduh Besar

Posted by kezamx

2 pelakon yang sering terlibat dengan kontroversi iaitu Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali kini berperang besar di laman sosial Intagram dan Twitter.



Perkara ini berlaku kerana Sharnaaz Ahmad memerli Azwan Ali tentang gambar selfie ketika upacara jenazah MH17.


Azwan Ali apa lagi mengamuk sakan dengan Sharnaaz Ahmad.


Jom lihat pergaduhan Sharnaaz dan Azwan Ali




Gambar Dan Komen Sharnaaz & Peminat Sharnaaz






Komen Azwan Ali:



Jom BacaSharnaaz Ahmad Dan Azwan Ali Bergaduh Besar

AIR TERJUN DARAH' MUNCUL DI ANTARTIKA

Posted by kezamx on Sunday 24 August 2014



Satu fenomena unik terjadi di Antartika di mana ada air terjun berwarna merah seperti darah mengalir keluar dari glasier tanpa henti di lembah salji McMurdo Dry Valley.

Glasier yang terbentuk dan membeku ini mempunyai rasa masin yang sangat tajam. Rasa masin itu kaya dengan zat besi dalam kandungan airnya.

Kandungan garam yang terperangkap di dalam bongkah salji ini tidak pernah terkena sinar matahari. Sehingga air yang kaya akan kandungan zat besi itu berkarat dan menimbulkan warna seperti darah.

Hal itulah yang menyebabkan air yang keluar kelihatan seperti darah segar di lembah salji yang berwarna putih.
Jom BacaAIR TERJUN DARAH' MUNCUL DI ANTARTIKA

(8 Gambar) Kezaliman Tentera Amerika Merogol Wanita Iraq Dihadapan Suami!!

Posted by kezamx on Friday 22 August 2014









Jom Baca(8 Gambar) Kezaliman Tentera Amerika Merogol Wanita Iraq Dihadapan Suami!!

AMALAN SUNNAH YANG TIDAK DI KETAHUI

Posted by kezamx on Thursday 21 August 2014



 Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.
Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya. Dari Anas Bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ."
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam.

Antaranya:
1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
Bersambung dalam http://blogtokwan.blogspot.com/2012/08/amalan-sunnah-yang-tidak-diketahui.html semuga mendapat munafa'at darinya.

Salam Ukhuwah..~
Jom BacaAMALAN SUNNAH YANG TIDAK DI KETAHUI

Mujahidin Malaysia Gugur Di Syria

Posted by kezamx on Wednesday 20 August 2014

comments
Berita kematiannya dimaklumkan seorang rakyat Malaysia lain yang turut berada di sana menerusi Facebook.


Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar’aya selepas bertempur selama satu jam.

Difahamkan, allahyarham yang sering membaca al-Quran dan solat malam sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil memberi isyarat jari telunjuk sebanyak sepuluh kali sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Adalah satu rahsia terbuka, terdapat rakyat Malaysia yang kini berada di Syria atas misi menjadi mujahidin dan mengejar mati syahid selepas negara berkenaan berada di bawah pemerintahan Bashar Assad yang kejam.

Walau pun ada yang mengaitkan perjuangan rakyat Malaysia di sana dengan kumpulan militan tertentu seperti al-Qaeda, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis); perkara ini dinafikan beberapa rakyat Malaysia yang berada di sana yang menggelarkan mereka sebagai ‘pejuang jihad bebas’.

Sumber mynewshub.my
Jom BacaMujahidin Malaysia Gugur Di Syria

KEJAM.!!! Seorang Remaja Dibunuh Dan Dimalukan..

Posted by kezamx on Tuesday 19 August 2014



Arau; Seorang remaja berusia 20-an ditemui mayat dipercayai dibunuh dengan anggota badannya diikat dalam kedudukan berdiri pada tangga bergerak serta kemaluannya ditunjukkan di kawasan Dusun 20 meter dari kawasan jalan utama di kampung Padang Siding, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9:00 pagi itu, seorang pelajar yang tinggal berhampiran pada lokasi kejadian Muhammad Anas Khamis, 21, mendakwa memberitahu orang ramai mengenai penemuan mayat dalam keadaan mengabaikan.

 

Dipercayai, Mayat mangsa berkenaan dibunuh dengan cara dilemaskan dalam air itu sengaja diabaikan dalam keadaan memalukan, dan pembunuhan bermotifkan dendam akibat perempuan.

Muhammad Anas berkata, ketika itu dia berada di rumah sebelum orang lalu lalang di jalan utama dia memberitahu keluarganya mengenai penemuan mayat di lokasi berkenaan
Jom BacaKEJAM.!!! Seorang Remaja Dibunuh Dan Dimalukan..

Saham Skymark Naik Dengan Laporan Akan Dibeli AirAsia

Posted by kezamx





TOKYO – Saham Skymark Airlines naik hari ini selepas satu laporan media menyebut AirAsia mungkin membeli syarikat penerbangan bermasalah itu.



Masalah Skymark semakin meruncing sehingga Airbus membatalkan tempahan pesawat syarikat itu.



Skymark yang tersenarai di Bursa Saham Tokyo, naik 27.77 peratus kepada 230 yen pagi ini, paras kenaikan tertinggi harian, selepas laporan mengenai kemungkinan pembelian itu tersiar dalam akhbar Nikkei.



Laporan itu yang memetik sumber, berkata AirAsia sedang berunding dengan pembiaya Skymark untuk mengambil alih syarikat itu.



Bagaimanapun, Skymark dalam kenyataannya hari ini menjelaskan tidak tahu mengenai kebenaran laporan itu.



AirAsia tidak dapat dihubungi untuk mengulas.



Selepas membatalkan usaha sama dengan All Nippon Airways (ANA) berhubung penubuhan sebuah syarikat penerbangan bajet tahun lalu, AirAsia baru-baru ini mengumumkan kembali ke pasaran Jepun menerusi kerjasama dengan firma e-dagang, Rakuten.



Laporan Nikkei menyebut, AirAsia mungkin menubuhkan sebuah anak syarikat di Jepun dengan kerjasama Rakuten dan membuat tawaran pengambilalihan Skymark bagi mengatasi isu berhubung sekatan pemilikan asing dalam syarikat penerbangan Jepun.



Skymark wujud daripada dasar pemecahan monopoli pada lewat 1990-an yang disasarkan untuk memberi saingan kepada ANA dan Japan Airlines yang mendominasi pasaran.



Bagaimanapun, Skymark berhadapan masalah dan mencatat kerugian besar sebagai pemain baharu dalam sektor penerbangan tambang rendah.



Reputasi syarikat penerbangan itu terus terjejas apabila Airbus minggu lalu membatalkan tempahan AS$2.2 bilion (RM6.9 bilion), mungkin bimbang sukar mendapatkan bayaran.



Saham Skymark sudah jatuh lebih 40 peratus berikutan pembatalan kontrak itu.



Mengikut syarikat itu, Airbus mengugut untuk mengenakan penalti tinggi kerana pembatalan tempahan itu dan menyarankan Skymark bergabung dengan syarikat penerbangan lebih besar, tetapi Skymark menolak cadangan itu.



Laporan Nikkei turut menyebut AirAsia sebagai antara pelanggan utama Airbus, berunding dengan pengeluar pesawat itu untuk mengurangkan penalti pembatalan berkenaan.



Skymark sudah mengumumkan rancangan mengurangkan laluan tidak untung dan membuat pinjaman tambahan untuk terus beroperasi. – AFP
Jom BacaSaham Skymark Naik Dengan Laporan Akan Dibeli AirAsia

10 Tempat Larangan Dalam Google Maps Yang Ramai Tak Tahu

Posted by kezamx

Kita selalu menggunakan Google Maps sebagai rujukan untuk mengetahui sesuatu tempat. Boleh dikatakan seluruh dunia boleh dilihat melalui Google Maps. Dari bandar-bandar besar hinggalah ke kawasan pedalaman yang terpencil. Akan tetapi, tahukah anda bahawa ada 10 tempat di dunia yang dilarang sama sekali dipaparkan dalam Google Maps.

2014-08-15_085430

10 Tempat larangan tersebut adalah;

1. The Royal Residence, Belanda

Royal Palace Amsterdam di Belanda – dipanggil Koninklijk Paleis Amsterdam – menyertai satu senarai panjang tempat-tempat yang dikaburkan dalam Google maps yang berkaitan dengan keluarga diraja Belanda, termasuk Stables Diraja dan satu lagi kediaman yang dipanggil Huis 10 Bosch.

2. Buffalo Niagara International Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara sebahagian besarnya diputihkan pada Google Maps dan butiran tidak boleh dilihat apabila kawasan di-zoom.

3. Tantauco National Park, Chile

Taman Negara Tantauco di Chile hanya boleh dilihat daripada penanda melalui Google Maps. Rizab semulajadi swasta adalah rumah kepada banyak haiwan terancam.

4. Keowee Dam, South Carolina

Empangan Keowee buatan manusia pada Tasik Keowee di South Carolina juga kabur di Peta Google. Berbentuk seperti pokok Krismas, empangan membantu menjalankan utiliti kuasa yang dipanggil syarikat Duke Energy.

5.Tapak Misteri Rusia

10 Tempat Larangan Dalam Google Maps Yang Ramai Tak Tahu | Tidak pasti mengapa lokasi ini di Rusia telah kabur keluar, lebih-lebih lagi sejak ia di dalam Siberia tundra. Bandar terdekat adalah Egvekinot, Rusia, yang merupakan jiran ke Alaska menyeberangi Selat Bering.

6. Lapangan Terbang Minami Torishima, Jepun

Lapangan Terbang Minami Torishima – lapangan terbang satu landasan menghidangkan pulau Minami Torishima, yang terletak di luar pantai timur Jepun – oversaturated dengan warna putih. Ia kini digunakan oleh Tentera Jepun, Pertahanan Maritim.

7. The Michael Aaf Building, Utah

Dugway Proving Ground di Dugway, Utah adalah kawasan yang diduduki oleh Tentera Darat Amerika Syarikat di mana tentera boleh menguji sistem senjata biologi dan kimia. Bangunan AAF Michael diputihkan, kemungkinan besar atas sebab-sebab keselamatan.

8. Cornell University Combined Heat and Power Plant, New York

The Cornell University Combined Heat and Power Plant di Ithaca, NY – yang dibuka pada tahun 2010 – menjadi kabur pada peta Google. Berteknologi tinggi, kemudahan eko-mesra menjana elektrik dari gas asli sebagai sebahagian daripada usaha universiti itu untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida.

9. Babylon, Iraq

Bandar Babylon, Iraq kelihatan seperti tanah ladang tidak berkesudahan daripada sebuah bandar purba yang sibuk.

10. Vlissingen, Belanda

Hartanah yang dimiliki oleh keluarga diraja Belanda tidak-satunya tempat yang kabur di Belanda. Menyertai senarai tangki minyak di Vlissingen (gambar), serta beberapa kem tentera dan pangkalan tentera udara. Kawasan tanah di sebelah kiri juga nampaknya akan pixelated dan diselaraskan.


Sumber: Diarishare

Jom Baca10 Tempat Larangan Dalam Google Maps Yang Ramai Tak Tahu

Persiapan Istiadat P’hormatan Penerimaan Jenazah Lancar

Posted by kezamx






SEPANG – Persiapan istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang ditembak jatuh di Timur Ukraine pada 17 Julai, berjalan lancar.



Seorang pegawai yang terlibat dalam raptai urusan pengendalian jenazah berkata raptai telah diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini untuk melihat pergerakan jenazah ketika tiba pada Jumaat ini.



“Kita akan melihat dari semua sudut yang perlu diperbaiki dan diperkemas untuk memastikan majlis istiadat penghormatan penerimaan jenazah berjalan lancar pada Jumaat ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.



Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 akan tiba pada Jumaat kira-kira 10 pagi dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam.



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.



Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jumaat ini (22 Ogos) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan kumpulan pertama jenazah mangsa nahas MH17.



Sementara itu, tinjauan Bernama di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini mendapati raptai yang dijalankan untuk melihat pergerakan jenazah dari kedua-dua pintu kargo pesawat ke van jenazah.



Anggota tentera dilihat mengusung keranda dan bekas abu khas yang ditutup dengan jalur gemilang dari pintu kargo pesawat sebelum ditempatkan dalam van jenazah.



“Kita cuba beberapa senario termasuk menggunakan satu pintu kargo atau kedua-dua pintu kargo ketika ketibaan keranda. Semua ini akan diperkemas lagi,” kata pegawai itu.



Sementara itu, jurucakap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata 300 anggota di bawah naungan 12 Briged Infantri Malaysia akan terlibat dalam istiadat penghormatan penerimaan jenazah.



“Empat helikopter akan menerbangkan jenazah di Semenanjung Malaysia manakala dua pesawat Charlie disediakan untuk menerbangkan jenazah ke Sarawak,” kata jurucakap ATM.



Pada Jumaat lepas, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan kumpulan pertama jenazah yang terdiri daripada 15 rakyat Malaysia dan seorang warga Belanda dalam tragedi pesawat MH17 akan tiba di KLIA.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong pula berkata 22 jenazah termasuk empat bekas berisi abu mayat mangsa dijangka dihantar pulang dari Amsterdam.



Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
Jom BacaPersiapan Istiadat P’hormatan Penerimaan Jenazah Lancar
Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free