Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Gambar Haiwan-Haiwan Lucu Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya

Posted by kezamx on Tuesday 29 July 2014


Gambar Haiwan-Haiwan Lucu Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya





























Jom BacaGambar Haiwan-Haiwan Lucu Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya

PKR tuntut Hadi jawab dua perkara

Posted by kezamx









Rafizi

SHAH ALAM - PKR hari ini meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian sama ada akan mengenakan tindakan disiplin ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki kerana mengutarakan cadangan yang didakwa mengkhianat PR.



Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan turut mempersoalan, berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat Pas yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti Dr Zuhdi supaya PR tahu pendirian mereka.



"Kita mahu tahu dan bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada PR dalam perbincangan tertutup seperti ini?



"Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan Pas di dalam PR yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam.



"Pendekatan itu melunakkan pandangan banyak orang bukan Islam yang melihat keadilan kepada semua yang dibawa oleh Islam melalui PR, selaras dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam," katanya.



Terdahulu, analisis senario politik PR di Selangor yang ditulis Dr Zuhdi di komunikasi Whatsapp grup AJK Pas Pusat bocor kepada umum.



Menurut Rafizi, antara perkara yang dinyatakan Dr Zuhdi termasuklah supaya Pas mempertimbangkan untuk keluar PR dan bersama-sama Umno dengan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Malah, beliau mempertimbangkan juga supaya seorang Adun PKR melompat bersama-sama Pas keluar PR untuk bergabung dengan Umno demi mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.



Selain itu, dr Zuhdi turut didakwa menyatakan perancangan bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan Pas itu untuk menekan bukan Melayu.



"Ayat yang digunakan olehnya bukanlah ayat yang membicarakan kemungkinan (atau senario), tetapi melambangkan sentimen kebencian dan semangat perkaumannya.



"Dia juga secara tidak langsung menyatakan persetujuan kepada tindakan-tindakan yang diambil Jais terhadap penganut agama lain setakat ini," ujar Rafizi lagi.



Selain itu, Dr Zuhdi turut didakwa merancang bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan Pas itu untuk mengubah persempadanan pilihan raya agar berat sebelah dan mengenepikan orang bukan Melayu.



"Cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh Pas – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain," katanya.



Tambah Rafizi lagi, lebih dikesali, Dr Zuhdi sedikit pun tidak menafikan menulis mesej itu malah cuba memberi pelbagai alasan.



"Tidak kiralah apa alasan yang diberikan oleh Dr Zuhdi, kenyataan-kenyataan beliau yang berikut seperti di dalam komunikasi Whatsapp tidak boleh dinafikan lagi," katanya lagi. -Sinar Online
Jom BacaPKR tuntut Hadi jawab dua perkara

(Video) Proses Mewarnakan Anak Ayam Satu Penyiksaan

Posted by kezamx







Sebelum ini bila SK terdengar anak ayam warna warni SK ingatkan mereka disuntik ketika dalam telur dengan cairan warna. Bagaiamanpun menerusi video ini barulah SK tahu yang proses mewarnakan anak-anak ayam ini ibarat satu penderaan dan penyiksaan yang mana mereka digaulkan dengan cecair pewarna ketika masih seekor anak ayam yang kecil dan comel.



Nasihat SK kepada orang pengguna janganlah membeli anak ayam warna warni kerana itu satu perbuatan menyokong penyiksaan binatang ini.
Jom Baca(Video) Proses Mewarnakan Anak Ayam Satu Penyiksaan

Bank di Bukit Sentosa Dibom Sekumpulan Penjenayah

Posted by kezamx


Hulu Selangor: Sebuah bank musnah akibat dibom sekumpulan penjenayah yang cuba menyamun bank terbabit di Bukit Beruntung, di sini, 5 pagi tadi.



Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (Risikan dan operasi) Asisten Komisioner Roslan Radzi berkata, dalam kejadian itu bank terbabit dipercayai dibom menggunakan bahan letupan buatan sendiri.



"Siasatan awal polis mendapati dua bom dipasang di kawasan kaunter pengeluaran wang yang mana salah satu bom itu telah meletup manakala satu lagi tidak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.



Katanya, bagaimanapun wang tunai di mesin ATM terbabit dipercayai tidak dilarikan penjen









Roslan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kumpulan suspek.



Sumber: myMetro online
Jom BacaBank di Bukit Sentosa Dibom Sekumpulan Penjenayah

Cara Untuk Membalas Mesej Penipuan yang Epic!

Posted by kezamx

Sekirangan anda mempunyai email dan lain-lain cara komunikasi lain secara talian rasanya anda tidak terkecuali dengan mesej-mesej penipuan juga dikenali sebagai phishing.



Untuk pengetahuan anda Phishing itu bukan kategori gondam (Hack) tetapi ia dikategorikan sebagai Kejuruteraan Sosial (Sosial Engineering) yang mana menggunakan cara psikologi untuk mendapatkan meklumat peribadi anda.



Di sini ada beberapa gambar skrin antara mesej-mesej penipuan tersebut. Tetapi yang lucunya di sini yang SK ingin ketengahkan adalah cara seorang itu membalas mesej-mesej tersebut.






Berikut pula dalah contoh-contoh mesej penipuan lain supaya kita semua lebih berhati-hati dan kalau boleh jangan membuang masa untuk percaya kata-kata mereka.










Jom BacaCara Untuk Membalas Mesej Penipuan yang Epic!

Video: Alat Pembuka Durian yang Amat Mudah

Posted by kezamx





Kulit Durian yang keras dan berduri itu memang susah untuk dibuka lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak biasa. Apa tidaknya kalau tersilap buka boleh membuatkan tangan anda terluka ataupun merosakkan isinya.



Bagaimanapun manusia memang kretif. Dimana ada masalah disitu ada penyelesaiaan. Maka bagi menyelesaikan masalah untuk membuka buah durian maka terciptalah alat yang unik ini untuk membuka durian dengan mudah dan selamat.
Jom BacaVideo: Alat Pembuka Durian yang Amat Mudah

5 Gambar wajah Ezlisa Loy, adik perempuan Elfira Loy amat cantik bertudung

Posted by kezamx

Khas buat peminat setia pelakon comel, Elfira Loy, beliau mempunyai seorang adik perempuan yang amat manis dan cantik bertudung bernama Nurul Ezlisa Loy atau lebih popular dengan nama panggilan Lisa Loy.

Lisa Boy mempunyai blog sendiri dan turut sama bergiat dalam dunia lakonan seperti kakaknya namun penglibatan Lisa agak kurang memandangkan usianya masih muda.

Gambar wajah Ezlisa Loy, kakak Elfira Loy yang cun melecun5

Di sini, penulis ingin berkongsi empat keping gambar terkini Ezlisa Loy ketika menyambut Hari Raya 2014 bersama keluarga tersayang di kampung.

Gambar wajah Ezlisa Loy, kakak Elfira Loy yang cun melecun1


Gambar wajah Ezlisa Loy, kakak Elfira Loy yang cun melecun2


Gambar wajah Ezlisa Loy, kakak Elfira Loy yang cun melecun3


Gambar wajah Ezlisa Loy, kakak Elfira Loy yang cun melecun4

Jom Baca5 Gambar wajah Ezlisa Loy, adik perempuan Elfira Loy amat cantik bertudung

Kadar Tol Baharu Untuk Keluar-Masuk CIQ Sahaja

Posted by kezamx on Sunday 27 July 2014





KUALA LUMPUR – Kenaikan kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baharu hanya dikenakan bagi kenderaan masuk dan keluar melalui CIQ sahaja, kata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).



LLM dalam satu kenyataan, hari ini menjelaskan ini bermakna pengguna Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) tidak perlu membayar tol dan lebuh raya ini akan kekal percuma bagi penduduk Johor Baharu.



Hampir 180,000 atau lebih 80 peratus daripada pengguna EDL merupakan penduduk Johor Baharu dan tidak terlibat dengan kenaikan tol ini, menurut kenyataan itu.



Semalam, kerajaan mengumumkan kadar baharu tol membabitkan kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 dari kedua-dua arah keluar dan masuk kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar berkuat kuasa 1 Ogos ini.



Kadar baharu tol arah masuk Malaysia bagi kenderaan daripada kelas 1 hingga 5 masing-masing adalah RM9.70; RM14.70; RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80; RM10.20; RM13.60; RM3.40 dan RM5.50. – BERNAMA

Jom BacaKadar Tol Baharu Untuk Keluar-Masuk CIQ Sahaja

Bekas Adun Tanjung Dawai Meninggal Dunia

Posted by kezamx





BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai, Datuk Arzmi Hamid meninggal dunia di Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 4.50 pagi Ahad.



Berita kematian Arzmi turut dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui posting terbaharunya di laman Twitter.



“Takziah kepada keluarga Datuk Arzmi Hamid. Semoga ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah,” demikian tulis Najib.



Sebelum itu berita kematian Arzmi disahkan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad menerusi laman Facebook rasminya.



Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Bukit Selambau.



Arzmi, 58, juga merupakan bekas Ketua Umno Bahagian Merbok.



Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.



Allahyarham turut pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok pada 1995 hingga 1998 selain Setiausaha Pemuda Umno Malaysia sejak 1994 hingga 1996. -mStar
Jom BacaBekas Adun Tanjung Dawai Meninggal Dunia

Komanwel: Nicol David Mara Ke Separuh Akhir

Posted by kezamx





GLASGOW – Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir dengan mengetepikan Jenny Duncalf pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di sini, Sabtu.



Nicol, pemain nombor satu dunia, mengatasi pemain England itu 3-1 dalam pertarungan suku akhir selama 56 minit.



Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 30 tahun itu memenangi dua set pertama dengan 11-9 dan 11-7 sebelum Jenny bangkit semula untuk memenangi set ketiga 11-5.



Bagaimanapun, Nicol, mengesahkan kemenangan dengan keputusan 11-4 pada set keempat.



“Jenny merupakan pemain berpengalaman dan saya terpaksa bekerja keras khusus dalam set keempat. Perlawanan ini memang sengit dari mula lagi,” kata Nicol.



Beliau akan berdepan dengan pemain new Zealand, Joelle King, pada separuh akhir esok.



Joelle menempah slot separuh akhir dengan mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry dengan keputusan 11-6, 11-4 dan 11-6 dalam pertarungan suku akhir yang mengambil masa 36 minit.



Mengenai pertarungan dengan Jolle, Nicol berkata: “Perlawanan dijangka hebat dan saya tidak boleh leka.”



Dalam pada itu, pemain nombur dua negara, Low Wee Wern akan berdepan dengan juara dunia Laura Massaro dari England pada perlawanan suku akhir, lewat hari ini. – BERNAMA
Jom BacaKomanwel: Nicol David Mara Ke Separuh Akhir

Pesta Mantai Unik, 300 Ekor Lembu Dan Kerbau Tumbang

Posted by kezamx





BERANANG – Lebih 300 ekor lembu dan kerbau dijual selama 48 jam tanpa henti bermula pada Jumaat malam sehingga Ahad di dalam Pesta Mantai di Beranang.



Ia merupakan acara tradisi yang mencecah lebih 50 tahun selain terkenal di seluruh Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.



Dalam dialek Minang, mantai bererti kenduri atau acara makan-makan sebelum menyambut Syawal.



Menariknya setiap tahun, lembu dan kerbau yang dijual merupakan hasil penternak di kampung itu sendiri.



Menurut peniaga daging, Daud Kassim, pesta memantai itu merupakan acara tradisi keluarganya yang bermula daripada arwah bapanya.



“Sebenarnya pesta memantai ini merupakan acara tradisional yang bermula daripada arwah bapa. Apa yang seronok dan meriahnya apabila penternak lembu dan kerbau bersama-sama di satu lokasi dan mejual daging sampai malam hari raya.



“Kita sebagai generasi seterusnya mengambil tanggungjawab untuk meneruskan tradisi itu,” katanya.



Katanya, paling penting, pembeli dapat menikmati daging segar kepada penduduk tempatan dan mereka yang dalam perjalanan pulang ke kempung di bahagian Selatan.



Dalam pada itu, Ketua Kampung Sesapan Kelubi, Norhamdan Nordin berkata, kira-kira 15 penternak membuka gerai di satu kawasan tradisi di Pekan Beranang.



“Kalau ikut tahun ke tahun, memang sentiasa penggemar daging akan datang di sini merupakan dari seluruh Selangor.



“Menariknya di sini, semua yang dijual adalah daging lembu tempatan asli, kebanyakannya lembu liar yang dibela di kandang penternak di kawasan ini,” jelasnya.



Sementara itu, pengunjung, Shamsul Muhardzi mengakui akan ke Beranang setiap kali menjelang hari raya untuk mendapatkan bekalan daging segar.



“Sebenarnya saya datang ke sini kerana dua sebab, satu kerana mengikut kawan dan kita semua tahu kemeriahan Pesta Mantai setiap tahun di sini…yang keduanya kerana dagingnya segar,” katanya.



Kemeriahan mantai turut diakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz.



“Saya dapat lihat respon Pesta Mantai ini cukup lama terkesan bukan sahaja kepada penduduk tempatan di sini malahan kita dapati penduduk Johor yang ingin balik ke kampung turut menggunakan jalan lama untuk ke sini,” jelasnya.



Pesta Mantai dikatakan tradisi turun menurun yang diwarisi masyarakat Negeri Sembilan. – Astro Awani

Jom BacaPesta Mantai Unik, 300 Ekor Lembu Dan Kerbau Tumbang

Cari Kaedah Mantap Kurang Kemalangan Jalan Raya

Posted by kezamx





KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran mencari kaedah lebih berkesan mengurangkan kes kemalangan jalan raya, terutama pada musim perayaan yang sering kali mencatatkan angka korban yang agak tinggi.



Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, statistik menunjukkan tiada penurunan drastik jumlah kemalangan dan kematian walaupun pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan.



“Sebagai contoh sepanjang tahun lalu, sejumlah 6,915 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan iaitu menurun sedikit berbanding 6,917 kematian pada 2012.



“Walaupun ada penurunan tetapi ia amat kecil dan angka kematian sejak dua tahun lalu iaitu melebihi 6,000 orang adalah angka yang masih tinggi,” katanya ketika dihubungi Bernama, baru-baru ini.



Justeru, Lee mencadangkan agar kerajaan memperketat lagi pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan jalan raya bagi memberi impak lebih berkesan terhadap sikap pengguna jalan raya.



Lee berkata, sikap pengguna adalah penyumbang utama kepada statistik kemalangan yang tinggi dan mereka perlu sentiasa dididik dan diingatkan tentang tanggungjawab mereka semasa berada atas jalan raya.



“Kempen-kempen kesedaran perlu diperhebat dan dipergiat dan dilaksana secara berterusan dan bukannya bermusim bagi mengingatkan orang ramai seterusnya mengubah sikap mereka supaya menjadi pengguna yang lebih bersopan santun dan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.



Menurut Buku Statistik Kemalangan Jalan Raya yang disediakan Jabatan Keselamatan Jalan Raya, sejumlah 477,204 kemalangan dicatatkan pada tahun lalu, meningkat berbanding 462,423 pada 2012 dan 449,040 pada 2011.



Sejumlah 34,118 kemalangan tahun lalu terjadi sewaktu musim perayaan utama iaitu Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri yang mengorbankan 486 nyawa. – BERNAMA
Jom BacaCari Kaedah Mantap Kurang Kemalangan Jalan Raya

Projek 1MSAC Tagih Kerjasama Penuh Rakyat

Posted by kezamx





KAPIT – Pelaksanaan projek oleh Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak (1MSAC) memerlukan kerjasama penuh masyarakat untuk memastikan kejayaannya, kata Pengerusinya Datuk Joseph Salang.



Menurutnya ini kerana masyarakat sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya melaksana dan menyelenggara kemudahan yang disediakan, bukan kontraktor.



Setakat ini Majlis sudah melaksanakan beberapa projek hidro mikro dan penapisan air mini untuk sekolah dan rumah panjang di seluruh negeri, katanya kepada Bernama di sini hari ini.



Menurut Salang Majlis itu juga percaya penduduk akan lebih menghargai kemudahan yang disediakan jika mereka terbabit sepenuhnya dalam pelaksanaan dan penyelenggaraan infrastruktur tersebut.



Beliau ditemui selepas kembali daripada mengiringi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi mengadakan pertemuan dengan rakyat di Rumah Panjang Unyat Chupong di Sungai Merirai dekat sini.



Rumah panjang 27 pintu itu dimiliki oleh seorang pemimpin Dayak yang terkenal dalam kabinet persekutuan pada era 1950-an iaitu mendiang Tun Jugah anak Barieng yang juga datuk Nanta. – BERNAMA

Jom BacaProjek 1MSAC Tagih Kerjasama Penuh Rakyat

Anak-Anak OKU Perlu Daftar Dengan JKM Elak Pengabaian

Posted by kezamx





PUTRAJAYA – Ibu bapa atau penjaga diseru mendaftarkan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan golongan itu tidak diabaikan.



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mereka yang berdaftar dengan JKM akan diberikan Kad OKU bagi membolehkan mereka menikmati 25 jenis kemudahan disediakan oleh kerajaan.



Antaranya rawatan perubatan percuma, pengecualian duti import bagi membeli peralatan sokongan, elaun RM50 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Kementerian Pendidikan serta pengecualian cukai jalan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.



Rohani berkata bagaimanapun saringan akan dibuat ke atas setiap permohonan bantuan peruntukan bulanan OKU untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja mendapat bantuan bulanan berkenaan.



“Tetapi sekiranya ada yang berkata bantuan JKM ada yang ditarik balik kita tengok keadaan. Misalnya EPC (Elaun Pekerja Cacat) yang mana pendapatan pemohon hendaklah tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak temasuk pendapatan keluarga.



“Apabila pendapatan OKU ini sudah melebihi RM1,200 dia sudah tidak layak untuk mendapat EPC dan ini akan membuka ruang lagi kepada OKU lain yang lebih layak mendapat bantuan bulanan EPC sebanyak RM300 ini,” katanya.



Justeru, Rohani berharap selain ibu bapa atau penjaga, pemimpin masyarakat, komuniti setempat, badan bukan kerajaan (NGO) NGO atau individu boleh membantu golongan OKU mendaftar dengan JKM di kawasan masing-masing.



Rohani berkata kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan lain dengan JKM amat diperlukan dalam usaha membantu menyediakan perkhidmatan bagi meningkatkan kesejahteraan golongan OKU.



Mengulas mengenai dakwaan pegawai JKM tidak membuat kerja sebaik mungkin membantu golongan OKU, Rohani berkata dakwaan itu tidak tepat sekali.



“Sudah tentunya pegawai kebajikan menggalas tanggungjawab yang penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berkesan,” katanya.



Rohani berkata sekiranya dibuat perbandingan jumlah golongan sasar yang memerlukan perkhidmatan JKM dengan bilangan kakitangan JKM sememangnya tidak mencukupi memandangkan seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat perlu mengendalikan antara 300 kes sehingga 1,000 kes.



Beliau berkata masyarakat tidak boleh menunding jari terhadap JKM semata-mata sebaliknya tampil membuat sebarang aduan dan memberi cadangan untuk kementeriannya ambil perhatian bagi memperbaiki mutu perkhidmatan. – BERNAMA

Jom BacaAnak-Anak OKU Perlu Daftar Dengan JKM Elak Pengabaian

Dakwaan Tengku Mahkota Selangor Murtad, Polis, SKMM Siasat Penyebar

Posted by kezamx on Saturday 26 July 2014



Media Sosialgempar apabila anak kepada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah yang diterbitkan oleh laman berita Antarabangsa, World New Daily Report tersebar dan menjadi viral.

Tengku Mahkota Selangor, Tengku Amir Shah didakwa telah murtad ke Agama Kristian Katolik kerana mahu berkahwin dengan Super Model Spain bernama Cristina Gomez yang baru berumur 16 tahun.

Malah, Tengku Mahkota dikatakan telah dibaptiskan minggu ini dan akan berkahwin di Gereja Santa Maria di Braga, minggu ini.

NAMUN...

Dakwaan itu adalah Fitnah semata-mata... 

Laman berita WorldNewsDaily.com  adalah sebuah laman web yang menyiarkan berita-berita palsu dan cerita-cerita satira di serata dunia. Laman terkenal About.com dalam satu artikelnya "Don't Be Fooled! A Guide to Fake News Websites" turut menyenaraikan laman web WordNewsDaily.com sebagai sebuah laman berita palsu.

Melalui carian di twitter juga. Seorang pengguna media sosial menyatakan rasa terkejutnya terhadap berita itu kerana beliau baru sahaja terserempak dengan Tengku Mahkota menunaikan Terawih pada 2 hari lalu!

Apa yang menarik dalam penemuan kami, WorldNewsDaily.com sebenarnya dimiliki oleh seorang warga berketurunan Amerika Yahudi Zionist dan berpangkalan di Tel Aviv, ibu negara Israel. Melalui maklumat itu, sudah cukup untuk kita mengesyaki motif buruk si penulis terhadap Institusi Raja yang menjadi penaung agama Islam di negara ini.

Mungkin ramai yang telah mempercayai berita karut seperti ini memandangkan ia dikeluarkan oleh sebuah laman web berbahasa Inggeris dan berasal dari Luar Negara. Namun, mentaliti seperti itu harus dibuang dan menjadi tugas kita untuk mendidik diri agar memeriksa kesahihan berita itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Polis, SKMM siasat pihak sebar berita palsu
Sementara itu Polis menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, keluar agama Islam dan memeluk Kristian Katolik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihak Istana Selangor ada menghubunginya semalam, dan memaklumkan berita yang tersebar itu adalah palsu.

“Kita sudah menerima satu laporan berhubung kes ini di Selangor dan kita bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengesan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini.

“Perkara tidak betul ini bukan saja merunsingkan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) dan kerabat diraja, malah merunsingkan masyarakat yang akan tertanya-tanya perkara ini,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media majlis pemakaian pangkat dan pelancaran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) di sini, semalam. 
Jom BacaDakwaan Tengku Mahkota Selangor Murtad, Polis, SKMM Siasat Penyebar
Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free