PERNAHKAH anda dihubungi oleh pihak yang kononnya mewakili bank-bank tertentu yang bertanyakan mengenai tarikh luput kad dan ‘Card Verification Value’ (tiga digit nombor terakhir) di belakang kad kredit atau kad ATM anda?
Pelbagai alasan diberikan oleh sindiket ini untuk mendapatkan maklumat ini termasuklah untuk semakan semula atau tawaran menarik dari pihak bank.
Tahukah anda, dengan maklumat ini, mereka boleh membuat pengeluaran wang menerusi akaun kita tanpa disedari?
Biasanya, mangsa hanya menyedari tertipu jika apa yang dijanjikan tidak kunjung tiba dan wang dalam akaun mereka tiba-tiba lesap.
Tapi, tidak semua orang mampu ditipu oleh sindiket ini seperti dalam rakaman audio yang kami kongsikan ini.
Seorang lelaki yang berjaya mengenakan wanita yang kononnya dari sebuah bank bertanyakan maklumat kad debitnya dengan memberi maklumat palsu.
Akibatnya, wanita tersebut ‘naik hantu’ sehingga menyebut perkataan kurang sopan termasuklah ‘bodoh’ selepas menyedari penipuannya terbongkar.
Padan muka!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment