Seorang guru perempuan dilaporkan mati dibunuh pelajar lelaki berusia 15 tahun yang didakwa berdendam dengan mangsa, semalam di United Kingdom.
Menurut saksi, kejadian berlaku ketika mangsa, Ann Maguire, 61, sedang mengajar dan secara tiba-tiba, pelajar lelaki itu datang di belakangnya dan kemudian mengelar leher cikgunya dengan menggunakan pisau.
Sejurus insiden mengejutkan itu, rakan sekerja Maguire bergegas ke kelasnya dan menahan pelajar tersebut.
Maguire kemudiannya dibawa ke hospital oleh paramedik pada jam 11.45 pagi namun meninggal dunia sebaik sampai di hospital.
Kejadian menggemparkan ini dikatakan pertama kali berlaku di UK di mana seorang guru dibunuh anak muridnya ketika sedang sibuk mengajar di kelas.
Menurut saksi yang juga pelajar di sekolah itu, suspek telah dimasukkan ke kelas tahanan (detention class) minggu lalu dan mendakwa mangsa gemar mencari kesalahannya. – SiakapKeli.com
Oleh: Audrey Lee
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment