Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Pelakon Siti Saleha Buat Solat Hajat Agar Kekasih Peluk Islam

Posted by kezamx on Saturday 31 May 2014





Umum tahu yang pelakon cantik, Siti Saleha sedang hangat bercinta dengan jejaka Mat Salleh sejak beberapa bulan lalu.



Cuma masalahnya, kedua-duanya berbeza agama sekaligus menjadi penghalang jika mereka mahu meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya, memetik Harian Metro.



Dek kerana itu, hampir setiap malam Saleha melakukan solat hajat bagi mendoakan hati kekasihnya itu terbuka untuk memeluk Islam suatu hari nanti.



Biarpun hubungan mereka boleh disifatkan sebagai hubungan jarak jauh, pelakon itu merasakan bahawa jejaka itu berbeza daripada mereka yang pernah mendampinginya sebelum ini.



Apapun, kami harapkan doa Saleha akan dimakbulkan oleh-Nya dan hubungan ini akan dibawa hingga ke jinjang pelamin. Amin…



Sumber: Elza / Mynewshub

Jom BacaPelakon Siti Saleha Buat Solat Hajat Agar Kekasih Peluk Islam

AirAsia Buka Tempahan Untuk Tawaran Tahun Depan

Posted by kezamx





KUALA LUMPUR – AirAsia kembali semula dengan promosi “Tempat Duduk Percuma” apabila menawarkan 2.5 juta tempat untuk tempahan segera bagi tempoh perjalanan dalam separuh pertama 2015.



Promosi itu menawarkan tempat duduk percuma ke destinasi seperti Langkawi, Johor Baharu, Kota Kinabalu, Singapura, Hong Kong, Chennai, Siem Reap, Lombok, Kalibo (Boracay) dan pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa lain, menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Tempat duduk percuma itu (tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan fi lain yang dikenakan) boleh ditempah dari 2-8 Jun, 2014, bagi tempoh perjalanan dari 5 Januari hingga 31 Julai, 2015.



Tempahan boleh dibuat di www.airasia.com, serta menerusi aplikasi mudah alih AirAsia di iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan platform telefon Windows.



AirAsia X Bhd, syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah juga menawarkan tambang terangkum terendah ke destinasinya.



Harga tambang bermula daripada serendah RM199 bagi Kelas Ekonomi untuk penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur ke Australia (Adelaide, Sydney, Melbourne, Perth, Gold Coast), Jepun (Nagoya, Osaka, Tokyo), Korea Selatan (Busan, Seoul), China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai), Taiwan (Taipei), Nepal (Kathmandu) dan Sri Lanka (Colombo).



Laluan terbaharu AirAsia X di China, Xian, juga termasuk dalam promosi itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya Azran Osman-Rani berkata selain daripada tawaran menarik bagi kelas Ekonomi, syarikat penerbangan itu mengumumkan promosi harga rendah tambang kelas Perniagaan Premium daripada serendah RM679.



“Juga tidak patut dilepaskan, tambang mengagumkan kami bagi kelas Perniagaan Premium ke Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide dan Gold Coast daripada serendah RM949,” katanya.



Sementara itu, AirAsiaGo, cabang percutian syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia itu turut menawarkan penjimatan hebat sehingga 75 peratus apabila Tempat Duduk Percuma AirAsia ditempah bersama dengan kemudahan hotel.



Harga yang ditawarkan adalah daripada serendah RM139 bagi kedua-dua penerbangan dan penginapan (setiap orang) dan bagi yang hanya mahukan penginapan sahaja, harga adalah daripada serendah RM49 semalam.



Sumber: Bernama
Jom BacaAirAsia Buka Tempahan Untuk Tawaran Tahun Depan

46 Kanak-Kanak Sertai Majlis Berkhatan Di Masjid Jamek

Posted by kezamx





KUALA LUMPUR – Sempena musim cuti sekolah pertengahan tahun ini, kira-kira 46 kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun terpilih menyertai majlis berkhatan sempena cuti sekolah anjuran Parlimen Titiwangsa.



Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata majlis itu merupakan hasil kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Anggota Parlimen Titiwangsa dan Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) yang merupakan satu daripada projek tanggungjawab sosial korporat mereka.



Menurutnya PLUS membiayai kos berkhatan bagi setiap kanak-kanak yang menyertai program itu.



“Proses berkhatan akan dilaksanakan lapan kakitangan Hospital Kuala Lumpur dan dipantau Dr Mohd Ghouse Mohd Noor daripada Kumpulan Farrali (Medical Group),” katanya ketika merasmikan majlis itu di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini hari ini.



Sumber: Bernama
Jom Baca46 Kanak-Kanak Sertai Majlis Berkhatan Di Masjid Jamek

Pemaju Beli Ais Kepal Semangkuk RM80,000 Di Alor Setar!

Posted by kezamx





ALOR SETAR – Seorang pemaju perumahan sanggup membeli semangkuk ais kepal pada harga RM80,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) sempena Karnival Amal Hari Penyayang 2014 di pekarangan Stadium Darul Aman, di sini, semalam.



Ahli perniagaan terbabit yang juga Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng menyifatkan pembelian dilakukan itu sebagai tanda sokongan terhadap penubuhan YSB khusus untuk membantu golongan kurang upaya di negeri ini.



Dia yang ditemui berkata, ais kepal dibelinya itu dari gerai jualan amal di karnival berkenaan dianggap paling mahal pernah dibeli sejak lima tahun lalu.



“Saya pernah membeli ais kepal dengan harga RM10,000 pada tahun 2010. Saya kemudian membeli ais kepal pada harga RM50,000 selama tiga tahun berturut-turut antara tahun 2011 hingga 2013.



“Namun saya mengambil keputusan untuk membeli ais kepal itu pada harga RM80,000 tahun ini. Bagi saya nilai semangkuk ais kepal ini bukan ukuran kerana wang ini akan disalurkan kepada golongan memerlukan,” katanya.



enurutnya, sumbangan itu dianggap bermakna buat Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku penaung YSB yang banyak membantu golongan kurang upaya di Kedah,



Terdahulu Tuanku Abdul Halim mencemar duli merasmikan larian bendang disertai kira-kira 1,000 peserta.



Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah; Pengerusi YSB Tunku Panglima Besar Kedah yang juga Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim dan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.



Fng berkata, beliau turut membeli dua daripada 20 barangan dilelong ketika majlis lelongan amal bermula jam 11 pagi semalam.



“Saya berminat membeli sepasang potret milik Tuanku Abdul Halim bersama Tuanku Hajah Haminah selain lukisan minyak tertera 12 ekor kuda bernilai keseluruhan RM120,000. Bagaimanapun lukisan itu diserahkan kembali kepada yayasan untuk tujuan lelongan amal pada tahun depan.



“Saya tidak kisah apa orang mahu fikir, tetapi niat saya ikhlas hanya untuk membantu YSB, sekali gus golongan memerlukan di negeri ini,” katanya.



Dalam majlis lelongan amal itu, sebanyak RM755,000 berjaya dikumpulkan hasil daripada penjualan 20 barangan membabitkan enam potret milik Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah, lukisan minyak, keris dan barangan perhiasan termasuk sebuah meriam tembaga berusia 200 tahun.



Turut dilelong ialah sebentuk cincin batu permata nilam koleksi peribadi milik Tunku Puteri Intan Safinaz berharga RM20,000 dan suara meniru bunyi enjin kereta lumba F1 yang dilakukan pelawak terkenal tanah air Lan Pet Pet bernilai RM5,000.



Sumber: myMetro
Jom BacaPemaju Beli Ais Kepal Semangkuk RM80,000 Di Alor Setar!

Erma Fatima Beri Restu Suaminya Kahwin Kali Kedua

Posted by kezamx





BUKAN mudah sebenarnya seseorang wanita itu untuk menerima hakikat bahawa dirinya dimadukan oleh sang suami, namun berbeza buat pengarah terkenal, Erma Fatima.



Memetik laporan beberapa portal hiburan, suaminya yang juga pengarah, Badaruddin Azmi atau Bade dikatakan telah bernikah buat kali kedua dengan seorang wanita sekitar dua bulan lalu di negara jiran.



Majlis resepsinya pula telah diadakan di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu.



Erma dilihat cukup terbuka dengan perkahwinan Bade dengan menyatakan bahawa dia sememangnya sudah memberi restu dan keizinan buat suaminya itu, menerusi sebuah akhbar mingguan tempatan.



Ujarnya lagi, Bade berhak mendapat kebahagian dan dia berhak serta mampu untuk berkahwin lagi.



Menyifatkan suaminya itu seorang lelaki dan ayah yang baik dan bertanggungjawab, Erma turut meminta agar tiada pihak di luar sana yang mempersoalkan kisah perkahwinannya itu.



Ha, kalau dah begitu kata Erma, jangan pula peminat yang terlebih-lebih emosi ya…



Sumber: Elza / Mynewshub

Jom BacaErma Fatima Beri Restu Suaminya Kahwin Kali Kedua

Ibu Lelaki British Minta Bantuan David Cameron, Najib Cari Anaknya Yang Hilang Di Tioman

Posted by kezamx











Gareth Huntley



PETALING JAYA: Ibu kepada seorang sukarelawan hidupan liar British yang hilang di Malaysia pada Jumaat terbang ke negara ini untuk menyertai usaha mencari anaknya, lapor Daily Mail.



Gareth Huntley, 34, dari London, tidak dilihat sejak pagi Selasa di Pulau Tioman, tempat di mana dia melakukan kerja amal bersama Juara Turtle Project.



Menurut laporan itu, ibunya, Janet Southwell berkata dia bimbang anaknya mengalami kecederaan dan tidak dapat bergerak.



Dia juga dilaporkan menggesa Perdana Menteri David Cameron memberikan tekanan kepada pihak yang terlibat dalam operasi mencari di Malaysia supaya menggiatkan usaha carian.



"Kami memerlukan pasukan carian dan anjing supaya kami boleh membawa pulang anak kami dalam keadaan masih hidup," kata ibu yang dipetik dari dailymail.co.uk



Laporan itu juga menyatakan bahawa pada Sabtu, ibunya menggesa David Cameron untuk membuat satu panggilan telefon kepada pemimpin Malaysia sebelum 'kehabisan masa' untuk berbuat demikian.



Janet Southwell berkata 'bantuan sebenar' diperlukan untuk mencari Huntley yang memberitahu rakan-rakan projek amalnya di ibu pejabat bahawa dia akan kembali pada pukul 2.00 petang pada hari yang sama tetapi gagal untuk kembali.



Dalam pada itu, dilaporkan bahawa dia memberitahu Sky News bahawa tindak balas polis adalah 'sangat perlahan' .



Dia berkata: "Penduduk tempatan nampaknya lebih bijak. Mereka keluar mencari dengan cepat, sebaik yang boleh, menelusuri bentuk bumi yang sukar dilalui, tetapi kita difahankam tindak balas polis adalah amat perlahan.



Katanya, anaknya itu kini sedang bercuti dan akan memulakan kerja baharu di Singapura minggu depan.



Sumber: mStar
Jom BacaIbu Lelaki British Minta Bantuan David Cameron, Najib Cari Anaknya Yang Hilang Di Tioman

Penerbangan Di Darwin Diteruskan, Asap Gunung Berapi Berkurangan

Posted by kezamx









Gunung Berapi Sangeang Api

MELBOURNE: Kebanyakan penerbangan keluar masuk di lapangan terbang Darwin akan disambung semula tengah hari Ahad selepas dibatalkan semalam ekoran asap tebal dari letusan gunung berapi di Indonesia, lapor ABC News.

Gunung berapi Sangeang Api yang terletak di timur laut pantai Sumbawa meletup sejak Jumaat lalu yang turut menyebabkan asap tebalnya bertiup ke arah Kimberley dan Top End.



Keadaan ini menyebabkan syarikat penerbangan terpaksa membatalkan kebanyakan penerbangan keluar masuk mereka di Darwin semalam dan awal hari ini menyebabkan penumpang terkandas.



Di Perth, penumpang yang mahu ke Bali, Indonesia turut terlibat dengan pembatalan penerbangan.



Pusat Nasihat Abu Gunung Berapi (VAAC) memberi taklimat kepada syarikat penerbangan pagi ini dan berkata angin kuat di asmofera telah membantu menipiskan asap.



Qantas mengesahkan penerbangan pertamanya Ahad yang dijadual ke Darwin dijangka mendarat sebelum 1 petang sementara penerbangan pertama Jetstar dijangka tiba kira-kira 4 petang.



Virgin Australia berkata, ia menjangka penerbangan pertamanya mendarat pada 4.30 petang sementara yang meninggalkan Darwin pada pukul 5 petang.



Namun maklumat di laman web Lapangan Terbang Darwin menunjukkan sesetengah penerbangan masih dibatal.



Sumber: mStar

Jom BacaPenerbangan Di Darwin Diteruskan, Asap Gunung Berapi Berkurangan

Koleksi Gambar Kenangan Manis Najib Dan Rosmah Mansor Semasa Muda

Posted by kezamx

 / Koleksi Gambar Kenangan Manis Najib Dan Rosmah Mansor Semasa Muda
Koleksi Gambar Kenangan Manis Najib Dan Rosmah Mansor Semasa Muda

Koleksi Gambar Kenangan Manis Najib Dan Rosmah Mansor Semasa Muda

Berikut adalah beberapa gambar klasik Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.
YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak kini merupakan perdana menteri Malaysia yang keenam.
Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 23 Julai 1953. Sedikit kisah perkahwinan PM Najib:
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan memperoleh tiga cahaya mata iaitu Mohd Nizar Najib, Moh Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib.
Perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan berpisah pada tahun 1987. Setelah berpisah dengan Tengku Zainah Najib berkahwin pula dengan Datin Seri Rosmah Mansor.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najib.
Najib 1
Najib 2
Najib 3
Najib 4
Najib 5
Najib 6
Jom BacaKoleksi Gambar Kenangan Manis Najib Dan Rosmah Mansor Semasa Muda

Kes Bank Rakyat: Sah Tiada Unsur Rasuah

Posted by kezamx





KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dikesan berkaitan isu pinjaman tanpa faedah Bank Rakyat kepada seorang ahli perniagaan.



Kenyataan SPRM hari ini menyebut penelitian awal mendapati ia lebih kepada isu tadbir urus bank.



“Bagaimanapun, SPRM akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya, termasuk memanggil pihak yang berkaitan, jika menerima maklumat baharu,” katanya.



Laporan beberapa media baru-baru ini mendakwa Bank Rakyat meluluskan pinjaman sebanyak RM32 juta tanpa faedah kepada seorang ahli perniagaan.



Satu portal berita pula memetik bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik sebagai mendakwa ahli perniagaan terbabit mendapatkan campur tangan seorang ahli politik bagi menyelesaikan pinjaman itu.



SPRM bagaimanapun menegaskan bahawa bukan semua aduan atau dakwaan yang dilaporkan media, atau dibangkitkan mana-mana pihak, adalah kes rasuah.



“Akta SPRM 2009 hanya menyediakan peruntukan untuk menyiasat kes berunsur rasuah. “Sehubungan itu, SPRM berharap kes seperti ini turut disiasat agensi lain yang berkaitan di bawah undang-undang relevan agar tindakan boleh diambil terhadap pihak tertentu kerana kegagalan mematuhi mekanisme sedia ada,” katanya.



Sumber: Bernama
Jom BacaKes Bank Rakyat: Sah Tiada Unsur Rasuah

BNM Keluar Duit Syiling Peringatan

Posted by kezamx





KUALA LUMPUR – Sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan yang akan mula dijual kepada orang ramai pada 27 Jun ini.



Ia merangkumi duit syiling peringatan pruf emas dan pruf perak berwarna, serta emas nordic, menurut kenyataan BNM hari ini.



Nilai muka duit syiling emas itu ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping dengan 500 keping sahaja ditempa.



Nilai muka duit syiling perak berwarna pula ialah RM10 dan harga jualannya RM200 sekeping. Sebanyak 2,000 keping ditempa.



Dalam pada itu, 25,000 keping duit syiling emas nordic ditempa dengan nilai muka RM1 dan harga jualan RM10 sekeping, menurut kenyataan itu.



Duit syiling peringatan itu juga boleh didapati dalam ‘Set 3 dalam 1′ dan ‘Set 2 dalam 1′, yang masing-masing dijual pada harga RM2,100 dan RM250.



Duit syiling tersebut akan dijual di Muzium dan Galeri Seni BNM dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.



Sumber: Bernama

Jom BacaBNM Keluar Duit Syiling Peringatan

Beli Ais Kepal Dengan Harga RM80,000 Semangkuk

Posted by kezamx





ALOR SETAR – Seorang ahli perniagaan membeli semangkuk ‘ais kepal’ dengan harga RM80,000 pada Karnival Amal Hari Penyayang 2014 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) di pekarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.



Ia dibeli oleh Pengarah Urusan Epic Valley Holding Sdn Bhd, Tan Sri Dr Fng Ah Seng yang wangnya bagi didermakan bagi membiayai projek tuisyen percuma Titian Bistari oleh YSB.



Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng berkata ini merupakan kali ketiga beliau membeli ais kepal dengan harga yang tinggi selepas tahun 2012 dan 2013 dengan harga RM50,000.



“Kali ini saya mahu tambah sumbangan dengan beli ais kepal dengan harga RM80,000. Sumbangan ini diharap dapat membantu golongan yang memerlukan,” katanya di gerai ais kepal tersebut.



Anak jati Sungai Petani, Kedah ini berkata beliau menyokong usaha kebajikan yayasan itu yang dinaungi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.



Pada acara lelongan amal barangan peribadi Tuanku Abdul Halim, Dr Fng turut membida lukisan potret Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah bernilai RM60,000 dan sebuah lukisan cat minyak bertajuk ‘Horses of Success’ bernilai RM30,000.



Sumber: Bernama

Jom BacaBeli Ais Kepal Dengan Harga RM80,000 Semangkuk

Dua penyokong Pahang ditahan lempar bom petrol

Posted by kezamx





KUANTAN: Polis menahan dua penyokong Pahang di perkarangan Stadium Darul Makmur, di sini sebaik tamat perlawanan antara pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT) malam tadi.



Mereka ditahan apabila melempar bom petrol atau molotov coktail ke arah bas yang membawa penyokong Johor Darul Takzim (JDT).



Perbuatan berkenaan dilakukan dilakukan ketika bas yang membawa penyokong JDT bergerak pulang

Namun tiada kecederaan dilaporkan dan polis bertindak cepat dengan menahan individu berkenaan untuk siasatan lanjut



Perbuatan tidak bertanggungjawab itu turut mencetuskan kekecohan namun tindakan pantas polis berjaya mengawal keadaan.



Mereka yang berusia lingkungan 30-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan.



Ketua Polis Daerah, Asistan Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut.Kuantan:Polis menahan dua penyokong Pahang di perkarangan Stadium Darul Makmur, di sini sebaik tamat perlawanan antara pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT) malam tadi.



Mereka ditahan apabila melempar bom petrol atau molotov coktail ke arah bas yang membawa penyokong Johor Darul Takzim (JDT).



Perbuatan berkenaan dilakukan dilakukan ketika bas yang membawa penyokong JDT bergerak pulang.



Namun tiada kecederaan dilaporkan dan polis bertindak cepat dengan menahan individu berkenaan untuk siasatan lanjut



Perbuatan tidak bertanggungjawab itu turut mencetuskan kekecohan namun tindakan pantas polis berjaya mengawal keadaan.



Mereka yang berusia lingkungan 30-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan.



Ketua Polis Daerah, Asistan Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut.



Sumber: BH Online

Jom BacaDua penyokong Pahang ditahan lempar bom petrol
Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free