Pages

kezamx. Powered by Blogger.

PAS Hilang Ketegasan Laksana Hudud?

Posted by kezamx on Monday 28 April 2014





KUALA LUMPUR – Ketegasan PAS mahu melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan mula tenggelam berikutan tentangan hebat yang diterima daripada golongan penentang terutama sekutunya parti DAP.



Perkara itu boleh dilihat apabila PAS membuat kenyataan yang seakan-akan tunduk kepada bantahan tersebut hari ini.



Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan berkata, PAS tidak akan melaksanakan undang-undang itu sekiranya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.



“Apa jua agenda dan dasar yang hendak di bawa PAS, ia tidak akan di laksanakan secara ‘pintu belakang’ melalui cara-cara yang diluar daripada kaedah Perlembagaan dan undang-undang.



“Jika ketentuan proses demokrasi tersebut tidak menyebelahi kehendak PAS, kami akan akur dan bersedia menerima apa jua keputusan,” katanya hari ini.



Mahfuz turut mengakui, PAS sebenarnya mempunyai pilihan untuk menguatkuasakan enakmen tersebut di Kelantan kerana ia telah diluluskan melalui proses perundangan yang sewajarnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu lebih 20 tahun lalu.



Namun, katanya, PAS menyedari langkah itu perlu juga mendapat legitimasi demokrasi selain menghormati ketetapan komponen pakatan pembangkang yang tidak bersetuju dengan undang-undang tersebut.



Jelasnya, kerjasama yang dibina dalam pakatan pembangkang berteraskan kepada agenda-agenda yang dipersetujui bersama yang bilangannya jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan agenda tunggal hudud.



Oleh itu, katanya, PAS tidak mempunyai sebab untuk memusuhi rakan dalam pakatan pembangkang sekiranya mereka tidak bersetuju dengan hudud dan mereka berhak tidak menyokong rang undang-undang yang akan PAS bawa di Parlimen kelak.



“Perbezaan dalam soal hudud dengan rakan pakatan terlalu kecil jika dibandingkan dengan komitmen dan iltizam pakatan membawa perubahan yang lebih baik dalam pemerintahan negara,” tambahnya.



Beliau bagaimanapun tetap meminta semua pihak yang menentang pelaksanaan undang-undang hudud termasuk DAP supaya menghormati hak parti itu untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan di Parlimen nanti.



Malah, katanya, PAS bersedia berdialog dengan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan penjelasan atau memberikan kritikan, teguran atau pandangan terhadap rang undang-rang undang yang ingin dibentangkan tersebut.



Kepimpinan DAP sebelum ini pernah mengugut PAS supaya keluar daripada pakatan pembangkang jika berdegil untuk meneruskan rancangan melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free