Saturday, 26 April 2014
Lisa Surihani Akui Dirinya Sangat Penakut
BIARPUN pelakon jelita, Lisa Surihani menerima tawaran berlakon filem bergenre seram, ‘Dendam Orang Mati’, dia sebenarnya merupakan seorang yang sangat penakut.
Menerusi Harian Metro, Lisa berkata, perasaan takutnya itu boleh terbawa-bawa sehingga tidur.
Dek kerana itu, dia terpaksa meminta suaminya, Yusry KRU untuk menemaninya ketika di lokasi penggambaran bagi meredakan sedikit ketakutannya.
“Selalunya, saya memang tolak berlakon filem seram namun setuju untuk watak filem itu kerana mencabar dan berkonsepkan psikologikal,” jelasnya.
Sebelum ini, Lisa pernah menolak ajakan suaminya, Yusry KRU untuk menonton filem seram The Conjuring yang pernah menjadi sebutan ramai.
“Saya pernah tengok filem Insidious bersama adik-beradik namun cuma separuh jalan cerita selepas mendapati ia sebenarnya ada hantu. Mereka hanya beritahu cerita itu mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki dan saya mengingati filem itu berkonsep psikologikal,” ujarnya.
Tak mengapalah Lisa. Mungkin dengan perasaan takut itu, penghayataan dalam filem tersebut tampak lebih menjadi, tak gitu?
Oleh: Elza / SiakapKeli.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment