BENAR kata orang, perkahwinan mampu memberikan hikmah dan kebahagiaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Itulah yang dirasai penyanyi Radhi OAG selepas bernikah dengan pilihan hatinya Nur Shahira Ayu pada 4 April lalu.
Menerusi mStar Online, dia mengakui dirinya kini lebih terurus dan sempurna dengan adanya isteri yang bijak menguruskan kehidupannya.
Ujarnya lagi, selera makannya juga bertambah sehingga boleh makan lima kali sehari.
“Walaupun isteri masak biasa-biasa sahaja, tetapi rasa sedap dan nikmatnya sukar diungkapkan,” katanya.
Dari segi ibadah, Radhi menjelaskan bahawa mereka juga sudah mula solat berjemaah bersama dan berharap agar amalan itu dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat.
Kami harapkan semoga dengan perubahan ini, rezeki Radhi dalam kerjayanya akan bertambah dan dapat kembali menyinar semula di persada seni seperti dulu.
Oleh: Elza / SiakapKeli.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment