Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Malaysia, Amerika Syarikat Tingkat Hubungan Dua Hala Kepada Perkongsian Komprehensif

Posted by kezamx on Sunday 27 April 2014





PUTRAJAYA – Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Komprehensif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Langkah ini, katanya menandakan fasa baharu dalam hubungan kedua-dua negara, akan menyaksikan lebih banyak kerjasama dalam ekonomi, keselamatan, pendidikan, sains, teknologi dan bidang-bidang lain.



“Kami juga memutuskan untuk meningkatkan lagi peranan Dialog Pegawai-Pegawai Kanan sebagai forum utama bagi perbincangan peringkat tinggi. Semua persetujuan bersama ini akan menjadi asas kukuh bagi lebih banyak kerjasama pada masa akan datang,” katanya.



Najib berkata demikian dalam sidang akhbar bersama-sama Presiden AS Barack Obama selepas kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan pada Ahad.



Obama kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia, julung kali oleh presiden Amerika Syarikat dalam tempoh hampir 50 tahun. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free