SATU berita sedih telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Puspa Wangi mengenai kemalangan yang menimpa sepasang suami-isteri, Ustaz Firdaus dan Ustazah Rabaah, di Shah Alam, petang semalam.
Menurutnya, kemalangan itu telah menyebabkan anak yang dikandung oleh Rabaah meninggal dunia, dan dia sendiri berada dalam keadaan kritikal.
Pasangan itu telah dimasukkan ke Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam dan kini memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM12,000 bagi menampung kos pembedahan untuk membuang rahim Rabaah yang pecah akibat kemalangan itu.
Berikut merupakan status lengkap yang dikongsi Puspa Wangi di akaun Facebooknya:
“Salam..sahabat semua..
Nk mtk tlg doa n sumbangn untk sahabt saya yg excident ptg td..suami bru sdar istri(shbt)masih dlm ICU..baby dlm kandungan meninggal..suami n istri masih lg belajar..x mampu nk tanggung bayaran hospital.
Raba’ah status dia msih kritikal.
Shah alam ni x dok hospital kerajaan..
DEMC ni hospital swasta..
Operation buang rahim Raba’ah yg pecah sebab baby terkeluar dr rahim dalam kosnya rm12 ribu.
Wad seorg rm290 semalam.
Polis hantar mane yg terdekat sahaja. Sbb nk selamat 2 nyawa.. rabaah n baby
Baby keluar sblum smpai due..Mtk tlg sgt2..
Baby terkeluar disebabkan rahim terhntak..
Assalamualaikum, dgn ini sy mlncarkan derma kilat utk shabat kte yg d timpa musibah..”
Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, berikut disertakan nombor akaun bersama Bank Muamalat atas nama Zulhilmi Abd. Rahman dan Shuhaimi Embong: 121000049724.
Setakat ini, status tersebut telah dikongsikan oleh lebih 3,800 pengguna Facebook yang lain.
Oleh: Elza / SiakapKeli.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment