Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Keputusan Catuan Air Ditentukan Kerajaan S’gor

Posted by kezamx on Sunday 27 April 2014





KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini menjelaskan bahawa kerajaan negeri Selangor adalah pihak yang membuat keputusan sama ada meneruskan atau menghentikan catuan air di negeri itu.



Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred Dharan dalam satu kenyataan berkata sehingga hari ini, pihaknya sebagai pengagih bekalan air masih belum menerima sebarang keputusan pelan catuan tersebut.



“Pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat sehingga kini masih diteruskan seperti yang dirancang,” katanya.



Beliau berkata pihaknya akan menyediakan pengemaskinian maklumat perjalanan catuan harian melalui laman web Syabas www.syabas.com.my, laman sosial Facebook dan Twitter Syabas.



Sementara itu, Priscilla berkata penyaluran bekalan air yang terjejas di zon 1 wilayah Petaling semalam disebabkan kejadian paip pecah di Taman Gembira, Jalan Klang Lama.



Beliau berkata kerja-kerja pembaikan paip sedang dijalankan dan bekalan air akan disalurkan sebaik sahaja kerja pembaikan selesai manakala tempoh penyaluran akan dipanjangkan sedikit dari jadual asal. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free