Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Permohonan Pemimpin PKR Perak Ditolak

Posted by kezamx on Monday 28 April 2014





IPOH – Mahkamah Sesyen di sini Isnin menolak permohonan Setiausaha PKR Perak Mohammad Anuar Zakaria supaya pertuduhan terhadapnya berhubung penganjuran satu perhimpunan haram pada tahun lepas digugurkan.



Permohonan Mohammad Anuar, 46, melalui peguamnya M Surendran hari ini supaya dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan itu juga ditolak oleh Hakim Rushan Lutfi Mohamed.



Hakim kemudian menetapkan 16 Mei ini untuk mahkamah memberi asas kepada penolakan itu.



Pada 27 Mei tahun lepas, Mohammad Anuar didakwa melakukan kesalahan tidak memaklumkan kepada ketua polis daerah Ipoh dalam tempoh 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan pada 12 Mei tahun itu.



Pemimpin PKR itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di hadapan pejabat PKR, No. 10, Jalan Medan Istana di sini pada 7.30 malam.



Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9 (5) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.



Terdahulu, Surendran memohon supaya anak guamnya dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan itu kerana dakwaan tersebut sudah tidak mempunyai apa-apa asas.



Peguam itu mengemukakan permohonan itu dengan merujuk keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Jumaat lepas berhubung pertuduhan terhadap anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.



“Ini kerana pertuduhan di bawah Seksyen 9 (5) telah diisytiharkan batal dan tidak berperlembagaan oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas.



“Selepas keputusan Mahkamah Rayuan itu juga, tiada permohonan penangguhan hukuman oleh timbalan pendakwa raya yang hadir terhadap keputusan itu,” katanya.



Beliau juga berkata timbalan pendakwa raya dalam kes Nik Nazmi juga tidak memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan sama ada sebarang rayuan akan dibuat ke Mahkamah Persekutuan.



Surendran berkata memandangkan keadaan itu berlaku, maka pertuduhan tersebut tidak boleh tergantung terhadap Mohammad Anuar kerana tiada apa-apa kesalahan yang ditunjukkan dalam pertuduhan berkenaan selepas keputusan Mahkamah Rayuan itu.



“Jadi adalah tidak wajar untuk mahkamah ini menetapkan apa-apa tarikh lanjut kerana sudah tiada apa-apa kes,” katanya.



Beliau bersama-sama peguam Baldip Singh dan Latheefa Koya mewakili Mohammad Anuar.



Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud yang mewakili pendakwaan berkata hakim mempunyai hak membuat keputusan melepaskan tanpa membebaskan Mohammad Anuar.



Beliau juga berkata timbalan pendakwa raya dalam kes Nik Nazmi boleh memaklumkan atau tidak kepada Mahkamah Rayuan, sama ada akan mengemukakan rayuan atau sebaliknya kepada Mahkamah Persekutuan.



Ketika ditemui di luar mahkamah, Baldip berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free