Pages

kezamx. Powered by Blogger.

RTM minta maaf, pamer tulisan "Pesawat MH370 Sah Dirampas" di TV2

Posted by kezamx on Monday 31 March 2014

Kecoh semalam apabila siaran TV2 memaparkan berita terkini yang amat menggemparkan penonton yang melihatnya.


Pada pukul 12.05 a.m ketika tayangan Telemovie bersiaran, TV2 telah memaparkan apa yang dikenali sebagai "rerayap" mengenai insiden MH370 dengan mesej "PESAWAT MH370 SAH DIRAMPAS".

Walaupun tidak ramai yang menyedari perkara itu, sekeping gambar "Screen Capture" yang dimuatnaik ke dalam media sosial telah menjadi viral dan rata-rata terkejut dengan pengumuman itu.

Namun, baru sahaja beberapa jam lalu pihak RTM melalui Facebook Rasmi TV2 memohon maaf terhadap kesilapan siaran itu. Mereka juga turut mengatakan satu siasatan dalaman sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kecuaian yang berlaku.




Semoga pihak RTM lebih berhati-hati berikutan perkara ini amat sensitif dan ditakuti kesilapan dan kecuaian seperti itu akan diambil dan dipergunakan oleh Media Antarabangsa untuk menimbulkan persepsi negatif kepada negara kita!
Jom BacaRTM minta maaf, pamer tulisan "Pesawat MH370 Sah Dirampas" di TV2

Gambar baru "Pusingan" MH370 dedah tiada kerosakan pada pesawat - Kapten Nik

Posted by kezamx

KUALA LUMPUR: Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.


Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.


Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference(perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.

Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.


“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan. -Kredit
Jom BacaGambar baru "Pusingan" MH370 dedah tiada kerosakan pada pesawat - Kapten Nik

Keluarga dan sahabat Kapten Zaharie mahu saman Akhbar Daily Mail!

Posted by kezamx


Sejak tragedi kehilangan pesawat MH370 berlaku, akhbar asing adalah media yang pertama sekali mencipta spekulasi mengaitkan penglibatan Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan kejadian ini.

Satu demi satu tuduhan dilemparkan kepada Kapten Zaharie sehinggakan persepsi negatif rakyat dari negara luar kepada Malaysia semakin menjadi-jadi terutamanya rakyat dari negara China.


Daily Mail yang berpangkalan di Britain merupakan akhbar yang paling lancang menerbitkan artikel mengenai Kapten Zaharie dan keluarga. Antara yang tersebar luas, Daily Mail mengaitkan kecenderungan politik Kapten Zaharie merupakan kemungkinan punca berlaku rampasan kuasa.


Dan baru beberapa hari lalu, Daily Mail menerbitkan pula artikel mengenai pengakuan anak Kapten Zaharie yang mendakwa kelakuan ayahnya banyak berubah sebelum kejadian itu.


Melalui facebook "Friends of Captain Zaharie MH370", keluarga kapten menafikan pengakuan tersebut datanganya dari mereka dan mendakwa semua itu adalah penipuan yang amat teruk!


"I have personally spoken to a very close member of Captain Zaharie's family including his son who has strongly condemned the report.. "It's a total lie, where do they get this story from? That's not true at all. I call upon all of you to rally together in solidarity to strongly condemn this kind of reporting, we must oppose strongly to this kind of nonsense."


"Dear Daily Mail, you should consider making movies since you are so good at making up stories and scripts out of thin air.. May god have mercy on your souls. You can bet your ass I will not forgive you." - Tulis Aisyah Zaharie di dalam akaun Facebooknya



Melalui Facebook Page itu juga, mereka merancang untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada Akhbar Tabloid itu agar menghentikan penerbitan artikel fitnah terhadap Kapten Zaharie.


Dr. Ghouse, admin page itu yang merupakan sahabat Kapten Zaharie juga mengajak para peguam terutama yang berasal dari Alumni Penang Free School untuk memberi nasihat bentuk guaman yang diperlukan bagi menerukan tindakan mereka.




Status itu mendapat sambutan ramai pengguna facebook termasuk ahli keluarga Kapten Zaharie sendiri. Beberapa pengamal undang-undang turut memberikan pendapat dalam komen di status itu. Malah, ramai pengguna Facebook yang lain menawarkan bantuan kewangan dan ada yang mencadangkan agar kutipan derma dilakukan untuk menampung kos guaman.




Seperti kata Datuk Seri Hishamuddin dalam sidang media minggu lalu, tragedi MH370 ini sememangnya memberikan hikmah yang amat besar kepada Malaysia. Kini, negara kita menjadi sasaran media asing yang menghujani pelbagai tuduhan dan spekulasi berbentuk "Half Truth" untuk mewujudkan persepsi negatif dunia terhadap negara kita.


Walaupun berbeza fahaman politik, agama dan kepercayaan, inilah saatnya rakyat Malaysia bersatu padu mempertahankan negara kita. Menuding jari dan menyalahkan kerajaan buat masa ini tidak memberi sebarang apa-apa kebaikan kepada negara kita
Jom BacaKeluarga dan sahabat Kapten Zaharie mahu saman Akhbar Daily Mail!

Dikritik bertubi-tubi, Ustaz "Sang Pemimpi MH370" tutup akaun Facebook

Posted by kezamx




Mungkin kerana dihentam ramai pihak, Ustaz Darul Manzil menutup akaun Facebooknya dua hari lalu. Sebelum itu, beliau sempat memuatnaik status luahan perasaannya mengenai kritikan yang diterima.

Beliau menafikan mimpinya itu sebagai satu promosi atau publisiti murahan untuk Pusat Rawatan Darul Manzil yang diasaskan olehnya.

Beliau juga menempelak orang ramai yang menghentamnya melalui mesej di akaun Facebooknya.

"... bertubi-tubi mesej yang masuk.. sampai 'hank' FB saya bila nak dibuka" tulis Ustaz Darul Manzil.

Dua artikel mimpi yang dikeluarkan melalui Facebook beliau telah menjadi viral dan ramai yang mempercayainya, namun ramai juga menganggap mimpi itu sebagai satu lagi rekaan karut.

Dalam mimpi pertama, Ustaz menceritakan bagaimana pesawat MH370 terhempas di lautan manakala dalam mimpi kedua cerita lebih kepada "Playback" dimana Ustaz bertemu penumpang dan kru pesawat MH370 di sebuah pulau.


Mungkin kerana mimpi yang diceritakan beliau terlampau detail sehinggakan sukar diterima akal. Walaubagaimanapun, semuanya terpulang kepada anda yang membacanya sama ada untuk percaya atau tidak.
Jom BacaDikritik bertubi-tubi, Ustaz "Sang Pemimpi MH370" tutup akaun Facebook

Ucapan Terakhir Anwar Ibrahim Di Parlimen Sebelum Dipenjara 5 Tahun

Posted by kezamx

Ucapan terakhir Anwar Ibrahim di Parlimen sebelum dipenjara – Sedih dan sayu apabila membaca ucapan perbahasan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen sebelum menjalani hukuman penjara selama 5 tahun.


Bagaimanapun, semangat perjuangan politik tidak pernah luntur yang dimiliki Anwar harus dipuji termasuk juga kesetiaan isterinya, Datin Seri Wan Azizah.

Pada kami, penganiyaan yang dialami Anwar adalah yang paling teruk dalam sejarah Malaysia dan ia pasti akan terus diingati sebahagian besar rakyat Malaysia. Di bawa adalah isi kandungan ucapan perbahasan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.


Jom BacaUcapan Terakhir Anwar Ibrahim Di Parlimen Sebelum Dipenjara 5 Tahun

Video seks pelakon wanita dan suami tersebar di internet

Posted by kezamx

Video seks pelakon wanita dan suami tersebar di internet


Islamabad: Satu video seks mempamerkan aktres Pakistan Meera dan suaminya, Navid Shahzad, juruterbang keturunan Pakistan yang menetap di Amerika Syarikat mencetuskan kontroversi selepas ia tersebar di Internet.

Sebuah mahkamah Pakistan di sini semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan berkenaan.

Polis diarah membawa mereka ke mahkamah pada 2 April ini berhubung video seks itu.

Hakim mengeluarkan perintah selepas menerima petisyen yang menuduh Meera dan Navid melakukan dosa dengan merakam babak seks.

Tuduhan itu mendakwa pasangan berkenaan menyebarkan maksiat dan menggesa mahkamah menangkap mereka untuk dijadikan teladan.

David bagaimanapun berkata kes itu sepatutnya tidak timbul kerana mereka sudah berkahwin.

Video itu dimuat naik oleh orang tidak dikenali dan tersebar di beberapa laman web sejak beberapa hari lalu.

Akses untuk menonton video itu bagaimanapun disekat oleh Lembaga Telekomunikasi Pakistan atas permintaan Meera yang pernah berlakon dalam dua filem Bollywood.

Meera mendakwa video itu palsu. -Agensi
Jom BacaVideo seks pelakon wanita dan suami tersebar di internet

Gambar zina tersebar, gadis mengaku dan buat laporan polis

Posted by kezamx

Gambar zina tersebar, gadis mengaku dan buat laporan polis

Semenjak semalam, sekeping gambar telah menjadi viral di media sosial. Gambar yang memaparkan sepasangan remaja sedang 'melepaskan rindu'.

Pasangan remaja berkenaan dikatakan sedang melepaskan rindu di dalam tandas sebuah stesen minyak Petronas.

Gambar tersebut menjadi viral dan rata-rata mengecam tindakan pasangan terbabit di Twitter.

Mungkin pihak pengusaha stesen minyak perlu memantau tandas premis mereka. Jika boleh, kuncikan sahaja di waktu malam. Dan hanya buka jika ada permintaan pelanggan untuk menggunakan

Twitter @aslinda_pit atau nama sebenarnya Nuraslinda Binti Afrizal bagaimana pun telah digantung oleh pihak Twitter.

Tidak lama selepas gambar tersebut menjadi viral, muncul pula sebuah salinan laporan polis yang dibuat untuk menghentikan penyebaran gambar tidak senonoh berkenaan.


Pada 30/3/2014 jam lebih kurang 9.30 pagi semasa saya berada di rumah saya di Puchong Prima, kawan-kawan saya telah memberitahu berkenaan gambar-gambar #lucah saya bersama teman lelaki telah tersebar dalam laman sosial iaitu Tweeter tertera nama saya (ASLINDA_PIT). Tetapi saya bukan pemilik akaun tersebut dan saya telah melihat akaun tersebut ternyata semua gambar-gambar adalah milik saya. Dalam Facebook juga telah tersebar gambar-gambar saya bersama teman lelaki untuk mengaibkan diri dan teman lelaki saya serta menjadi tontonan pengguna Facebook yang lain. Untuk makluman saya syak perbuatan itu dilakukan oleh skandal teman lelaki saya yang dikenali dengan nama Yusnani Binti Sudirman.

Tujuan saya membuat report untuk menghentikan dan menyekat pemilik akaun palsu supaya tidak menyebarkan gambar-gambar #lucah saya bersama teman lelaki dan untuk rujukan pihak yang berkenaan.

Dalam laporan polis yang dibuat, remaja perempuan itu seperti mengakui bahawa mereka telah terlanjur jauh dan masih tidak menganggap apa yang dilakukannya dengan pasangan tak bersalah.

Macam-macam...
Jom BacaGambar zina tersebar, gadis mengaku dan buat laporan polis

7 Foto: Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah (18SX)

Posted by kezamx

7 Foto: Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah (18SX)

Persoalan "Cantik Tak Bontot Saya" Sharifah Sakinah perlukan Jawapan dan bukan Tomahan. Untuk menjawab perihal Bontot Sakinah ini dengan ikhlas, pastinya perlu amati dan menghayatiBentuk Bontot selebriti kontroversi itu terlebih dahulu. Berikut ialah Foto Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah sebagai rujukan ilmiah.

Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah

Badigol Soot bukannya teringin sangat nak tengok Foto Bontot Sharifah Sakinah, tapi terpaksa juga demi menjawab soalan Sharifah Sakinah iaitu Cantik Tak Bontot Saya. Badigol menjawab:Bontot Sharifah Sakinah Mantop 4 Bintang dan memenuhi kehendak industri tempatan.

Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah

Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah

Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah

Tabiat ambil Gambar Bontot Sendiri
Keghairahan Sharifah Sakinah dengan Tabiat mengambil Gambar Bontot sendiri semakin luarbiasa. Sekiranya dibiarkan berterusan dengan Hobi Aneh ini, amat membimbangkan sekiranya minat Sharifah Sakinah pada Bontotnya berubah ke anggota badan yang lebih sensitif. Ia satu Tragedi Biru sekiranya Gambar bahagian Sensitif itu di upload Sakinah ke Instagramnya. Jika Sharifah Sakinah perkara sebagini bukannya Mustahil.

Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah

Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah

Tabiat mengambil Gambar Bontot sendiri

Penyakit Psikologi Bentuk Bontot Sharifah Sakinah

Kemungkinan Sharifah Sakinah sangat Kagumi bentuk Bontot sendiri dan merasakan bontotnya itu terlalu istimewa sehinggakan merasa ia satu kerugian jika tidak dikongsikan bersama peminat-peminatnya. Bagaimana dengan Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah???

Penyakit Psikologi seperti ini bukannya sesuatu yang baru. Bersimpatilah! Hari ini Sharifah Sakinah dan mungkin esok hari kita pula. Harap Sharifah Sakinah tabah melaui dugaan ini. Semoga cepat sembuh.
Jom Baca7 Foto: Koleksi Gambar Bontot Sharifah Sakinah (18SX)

(Gambar) Peserta ratu cantik tampil separuh bogel ditempat umum

Posted by kezamx

Gambar) Peserta ratu cantik tampil separuh bogel ditempat umum

Seorang model China menggemparkan media dalam talian selepas beliau muncul dalam sebuah majlis ditempat umum dengan berpakaian yang amat jarang dan mencolok mata

Menurut laporan Asian Town, model tersebut adalah peserta Miss International Chinese Pageant 2013.

Kehadiran beliau bukanlah sesuatu yang pelik bersandarkan beberapa model-model baru yang meningkat naik gemar mencuri tumpuan masyarakat dengan berpakaian sedemikian terutama di pameran-pameran kereta.

Namun begitu, lelaki-lelaki si mata keranjang dilihat tidak mahu melepaskan peluang yang terhidang di hadapan mereka...heh!







Jom Baca(Gambar) Peserta ratu cantik tampil separuh bogel ditempat umum

9 Foto: Benarkah Jue Aziz Kahwin Senyap Di Indonesia?

Posted by kezamx

9 Foto: Benarkah Jue Aziz Kahwin Senyap Di Indonesia?

Sekitar September tahun lalu, ada khabar angin timbul mengatakan Jue Aziz telah berkahwin dengan seorang jejaka Turki kerana dilihat tampil bergambar dengan seorang bayi lelaki di akaun Instagram beliau — dan itu hanya sekadar khabar angin.

Seperti biasa, itu cerita lama. Terbaru kami ada menerima khabar yang mengatakan pelakon yang pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki sebelum ini telah pun bernikah dengan seorang jejaka seberang di Indonesia.

Sumber kami memberitahu yang Jue Aziz telah pun selamat bernikah sekitar awal Mac lalu dengan seorang jejaka bergelar pemuzik bernama Bayu Daniels yang kerap membuat persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Namun sumber kami yang lain pula berkata yang pasangan ini sudah selamat bernikah pada tarikh yang sama namun lokasinya masih tidak pasti sama ada di Indonesia atau Pulau Pinang.

Jika khabar yang kami terima ini benar belaka, tahniah kami ucapkan buat pasangan ini dan tidak perlu rasanya perkara baik untuk disorok dari pengetahuan ramai. Berikut beberapa gambar Jue Aziz bersama Bayu Daniels yang kami terima. Enjoice! (rtky/m)



Jom Baca9 Foto: Benarkah Jue Aziz Kahwin Senyap Di Indonesia?

Pakcik, Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik

Posted by kezamx

Pakcik, Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik

Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… maka berlakulah dialog berikut..
Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini.
Teruna : Eh..
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.
Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.
Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan.
Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
( TQS An Nuur 32).
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia.
Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.
Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.
Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut.
Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.
Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.
Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry……..
Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.
p/s: Hanya sekadar cerita untuk di ambil sebagai iktibar. Ingatlah, apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan, syaitan adalah orang yang ke tiga.
Jom BacaPakcik, Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik
Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free