GEORGE TOWN – Hospital Pulau Pinang (HPP) memohon agar anggota keluarga atau waris kepada empat mayat supaya menuntutnya di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu.
Mayat dikenali sebagai Liang Yew Hen@Leong Yew Heng, 69, yang beralamat di D-14-16 Jalan Padang Tembak, Ayer Itam dan Che Ismail Che Ral, 55, beralamat di Plot 1, Weld Quay.
Pengarah HPP Datuk Dr Yasmin Sulaiman berkata dua lagi ialah mayat wanita dan lelaki India dewasa yang tiada dokumen pengenalan diri.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Awam HPP, Nurazreen Abdul Rahman di talian 04-222 5947 atau 04-222 5116. – BERNAMA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment