Pages

kezamx. Powered by Blogger.

APMM selamat 5 Nelayan Alami Bot Rosak Di Laut

Posted by kezamx on Monday 28 April 2014





PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah 10 Tok Bali semalam menyelamatkan lima nelayan Tumpat yang terkandas selama enam hari di Laut China Selatan apabila bot mereka mengalami kerosakan enjin Selasa lalu.



Mereka ialah tekong bot Arifin Harun, 61, Mohamad Sabri Arifin, 27, Abdul Azid Saleh, 54, Che Harun Che Mod, 42, dan Mohamad Sulaiman, 70, dari Kampung Tanjung Chat dan Tanjung Che Mas, Tumpat.



Ketua Penguatkuasanya, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata bot yang dihadkan menangkap ikan di kawasan tiga batu nautika dari kawasan pantai itu hanyut kira-kira 116 batu nautika dari pantai Tok Bali.



“Kami menjumpai nalayan terbabit di kawasan tiga batu nautika dari Pelantar Minyak Bunga Raya dan lima batu nautika dari perairan antarabangsa dalam keadaan selamat,” katanya kepada pemberita di Jeti APMM di sini hari ini.



Beliau berkata pihaknya menerima maklumat daripada keluarga nelayan terbabit tentang kehilangan mereka dan segera mengarahkan Kapal KM Amanah melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.



“Kami terpaksa menunda bot mereka ke pangkalan Tok Bali untuk menggantikan peralatan pada enjin yang rosak, sebelum mereka dibenarkan pulang ke kampung masing-masing,” kata Wan Burhanuddin.



Mohamad Sulaiman berkata ini kali pertama beliau mengalami masalah kerosakan bot sejak menjadi nelayan selama 30 tahun.



“Kami hanya berserah kepada Allah kerana tiada apa yang boleh kami lakukan dan bersyukur apabila kami diselamatkan APMM,” katanya.



Para nelayan itu turut kesal kerana nelayan Vietnam yang mereka temui di tengah laut enggan memberi bantuan. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free