Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Pelaksanaan Hudud Cuma Gimik PAS

Posted by kezamx on Saturday, 26 April 2014





KUALA LUMPUR – Langkah PAS untuk membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada Jun ini cuma satu gimik politik kerana mahu membuktikan kepada penyokongnya bahawa parti adalah rakan kongsi utama dalam pakatan pembangkang.



Ahli Parlimen Pulai yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, rancangan PAS itu juga sebenarnya strategi parti berkenaan untuk mengembalikan sokongan penyokongnya yang semakin menurun.



Justeru, beliau menggesa PAS supaya mengadakan pungutan suara di seluruh Kelantan terlebih dahulu sebelum bercadang untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu bagi melihat sokongan rakyat Kelantan terhadap rancangan tersebut.



“Langkah ini juga selari dengan tuntutan agama Islam yang mengkehendaki pemerintah berlaku adil kepada rakyat. Saya secara peribadi menolak undang-undang hudud yang hendak dilaksanakan PAS di Kelantan kerana ia suatu mainan politik parti itu.



“Penolakan ini, bukan bermakna saya menolak undang-undang Islam atau membelakangkang ajaran Islam mengenai hudud tetapi berpendapat pelaksanaan undang-undang hudud ciptaan PAS ini adalah mainan politik semata-mata,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.



Nur Jazlan turut bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum Allah, namun mengakui banyak kekangan dan keutamaan perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum ia dapat dilaksanakan.



Beliau seterusnya mendakwa, PAS sebenarnya sejak dahulu menarik sokongan orang Melayu di negara ini dengan memutarbelitkan tentang hukum hudud dan menuduh UMNO membelakangkan Islam sebagai agama rasmi negara.



“Hakikatnya, UMNO yang berjaya menegakkan ajaran Islam negara di ini dan adakah segala dasar atau inisiatif yang dilakukan kerajaan untuk mempertahankan serta mengembangkan Islam di Malaysia tidak dikira sebagai suatu dakwah hanya kerana tidak melaksanakan undang-undang hudud,” soal beliau.



Tambah beliau, rakyat Kelantan perlu juga menilai sama ada pelaksanaan hudud boleh membantutkan pembangunan ekonomi kerana tiada negara yang melaksanakan undang-undang berkenaan berjaya dalam ekonomi.



“Walaupun Malaysia tidak melaksanakan hudud sejak merdeka tetapi negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional sebagai tunjangnya berjaya menerima pengiktirafan dunia Islam dengan mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara Islam paling maju di dunia,” katanya.



“Jika keputusan majoriti referendum itu menunjukkan bahawa majoriti rakyat Kelantan menerima pelaksanakaan undang-undang hudud, barulah Pas membawa rang undang-undang berkenaan ke Parlimen tetapi jika sebaliknya, mereka perlu membatalkan hasrat selari dengan kehendak serta tuntutan rakyat Kelantan sendiri,” katanya.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free