Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Kontroversi Muat Naik Foto Tafsiran Al-Quran, Ini Penjelasan Raja Azmi

Posted by kezamx on Saturday, 26 April 2014

Pengarah filem kontroversi Raja Azmi sekali lagi telah menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto tafsiran ayat al-Quran di Instagram peribadi miliknya baru-baru ini.






Bagaimanapun foto berserta kapsyen yang berbunyi “Tafsiran Surah An-Noor ayat 31…tiada menyebut wanita yg tak pakai tudung masuk neraka. Sekadar berkongsi ilmu..amiin” telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat melalui komen-komen yang diberikan tidak kira sama ada positif atau negatif.



Oleh itu, Astro Gempak telah menghubungi Raja Azmi untuk mendapatkan penjelasan mengenai gambar tersebut.



Menurut Raja Azmi, tujuan dia memuat naik foto itu hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu namun niatnya itu telah disalah tafsir oleh masyarakat.






“Saya rasa mereka sudah salah faham… Tiada niat untuk mempersoalkan apa-apa cuma niat saya memuat naik gambar itu adalah sekadar untuk berkongsi.



“Menutup aurat itu bagus dan saya juga faham aurat bukan sahaja merangkumi rambut malah tubuh badan juga… Terpulanglah pada mereka untuk tafsirkan,” katanya ketika dihubungi.



Tambah produser itu lagi, dia hanya sekadar meluahkan pendapat dan pandangan kepada pihak yang bertanya mengenai perihal dia tidak memakai tudung sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan umrah.



“Kak Mi hanya meluahkan pendapat apabila ada pihak yang mempersoalkan kenapa saya tidak bertudung lepas balik daripada mengerjakan umrah.



“Saya pergi sana dengan niat untuk mengerjakan ibadah bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya ikhlas dalam melakukan ibadah.



“Bagi saya bila orang mula mempersoalkan mengenai isu bertudung kepada saya itu dah jadi lain,” ujarnya.



Selain itu , Raja Azmi juga mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dia sengaja mencari publisiti.



“Saya tak pernah mencari publisiti sebaliknya publisiti yang mencari saya begitu juga dengan kontroversi,” ulasnya pendek.



Di samping itu, produser filem ‘… Dalam Botol’ ini juga memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung mengenai pandangan berkenaan isu tersebut.



“Saya nak minta maaf andai kata ada pihak yang tersinggung dengan pendapat saya.



“Sekarang saya pun sedang belajar tentang agama dan berusaha mempertingkatkan amalan ibadah yang lain dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.” tambahnya.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free