KUALA LUMPUR – Seramai 78,000 orang menghadiri Hari Terbuka KLIA2 di Sepang di sini semalam.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu melampaui anggaran awal cuma 20,000 orang.
“Jumlah pengunjung mencapai 20,000 orang sebelum tengahari. Sebab itu MAHB melanjutkan masa lawatan dari pukul 5 kepada 7 petang bagi memberi lebih masa kepada orang ramai.
“Orang ramai juga telah beratur di kaunter pendaftaran bermula pukul 8 pagi iaitu satu jam sebelum kaunter itu dibuka semalam,” kata kenyataan itu hari ini.
Justeru, MAHB mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang menghadiri Hari Terbuka KLIA2 tersebut dan memberi pelbagai respons positif.
MAHB bagaimanapun mengingatkan, program hari terbuka itu cuma berlangsung semalam dan kini ditutup semula untuk persiapan terakhir sebelum ia beroperasi pada 2 Mei ini.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment