Pages

kezamx. Powered by Blogger.

MH370: Laporan Awal Keluar Minggu Depan, ‘Tiada Apa-Apa Yang Menarik’

Posted by kezamx on Friday, 25 April 2014





Hasil laporan awal kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dijangka dikeluarkan minggu depan dan hanya mengandungi data awal dan tiada “apa-apa menarik”, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.



Beliau berkata laporan itu telah diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), seperti disyaratkan oleh ICAO.



“…tetapi bagaimanapun saya tidak fikir ada apa-apa yang menarik akan didedahkan dalam laporan itu kerana ia hanya tentang data awal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.



Hishammuddin berkata laporan kepentingan awam seperti itu perlu dikeluarkan selagi ia tidak menjejaskan penyiasatan serta emosi anggota keluarga 239 penumpang pesawat Boeing 777-200 itu yang hilang sejak 8 Mac.



Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.



Operasi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara sedang giat dilakukan di selatan Lautan Hindi di kawasan perairan Perth, Australia.



– BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free