Pages

kezamx. Powered by Blogger.

JMM Kumpul Umat Islam Saman Cadbury

Posted by kezamx on Wednesday 28 May 2014





KUALA LUMPUR – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan tetap menyaman syarikat Cadbury Malaysia berikutan pendedahan DNA babi dalam produk keluaran syarikat tersebut.



Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, JMM akan mengumpulkan umat Islam yang berasa tertipu oleh produk tersebut dalam usaha menyaman syarikat berkenaan.



“Masyarakat Islam negara ini boleh menghubungi JMM di talian 03-4288 3365 atau menghantar e-mel kepadajaringanmelayumsia@gmail.com,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.



Azwanddin dalam pada itu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat pemantauan ke atas siasatan yang dilakukan pihak berkuasa terlibat berhubung kes itu.



Beliau dalam pada itu menyelar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam kerana didakwa seolah-olah cuba mempertahankan syarikat berkenaan.



Dakwanya, Subramaniam semalam mengeluarkan kenyataan bahawa JMM boleh menyaman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan berhubung isu tersebut jika mahu.



“Bukan Jakim atau Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam pengeluaran coklat Cadbury. Amat ganjil Menteri Kesihatan menjemput orang ramai menyaman kementeriannya sedangkan kesalahan dilakukan oleh Syarikat Cadbury,” katanya.



Media pada 26 Mei lalu melaporkan lebih 80 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam akan memfailkan saman RM100 juta terhadap syarikat Cadbury Malaysia ekoran penemuan DNA babi pada dua produk keluaran syarikat terbabit.



Azwanddin dipetik berkata, saman yang akan difailkan itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) sebagai mewakili pengguna Islam di negara ini.



Ia bagi menuntut keadilan terhadap tindakan syarikat berkenaan yang tidak sensitif apabila sengaja menganiaya dan menghina umat Islam di negara ini dengan mencampurkan DNA babi di dalam produk mereka.



Sumber: Mynewshub

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free