Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Ibu Tiri Pernah Halang Kardashian Jenguk Bapa

Posted by kezamx on Saturday, 26 April 2014





BUAT pertama kalinya, selebriti terkenal Kim Kardashian menerusi RadarOnline mendedahkan ‘kejahatan’ ibu tiri mereka, Ellen Pearson yang tidak membenarkan dia dan adik-beradiknya melawat bapa mereka yang sedang terlantar sakit sebelum kematiannya.



Pendedahan itu dilakukan bagi menjawab tuduhan Pearson yang kononnya keluarga Kardashian lebih gemar berparti daripada menjenguk Robert Kardashian Sr, 59, yang meninggal dunia akibat kanser pada tahun 2003.






Menurut Kim, Ellen menghalang mereka dari berjumpa Robert dengan menukar kunci kediaman bapa mereka.



“Dia menukar kunci pintu dan melarang kami berjumpa dengan bapa. Kami membiarkan perkara itu selama beberapa hari sebelum berfikir yang dia bapa kami, dia sedang bertarung nyawa dan kami akan tetap datang.



“Kami kemudian menghubungi bapa dan memintanya membuka pintu bila Ellen tidak ada di rumah. Kami juga mengambil kunci rumah tersebut. Keadaan itu seolah-olah kami terpaksa ‘memecah’ masuk ke dalam rumah,” ujarnya.



Keluarga Kardashian kini sedang menuntut Ellen untuk membayar ganti rugi sebanyak RM980,400 kerana menfitnah dan kes itu akan disebut semula di mahkamah pada 5 Mei depan.



Oleh: Elza / SiakapKeli.com

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free