Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Alvin Tan BIADAP ‘Babikan’ Pemimpin Negara

Posted by kezamx on Monday 29 September 2014

Tak serik-serik lagi rupanya blogger seks Alvin Tan dengan tindakan beliau. Sebelum ini dia menghina Malaysia, PM, menteri KDN, KPN dan hakim negara telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Kali ini sekali lagi dia memuat naik status yang lebih dasyat. Tidak tahu apa tujuannya dan yang pasti tindakan tersebut boleh merbahayakan dirinya meskipun jika undang-undang Malaysia tidak dikenankan keatasanya.


Katanya menerusi status berkenaan, “Seorang rakyat dipenjara hari ini kerana menggelar polis trafik ‘monyet’ di Facebook. Sekarang aku panggil kesemua kamu babi. Tolonglah datang tangkap!”

Lagi cabarnya “P.S. Kepada penyokong babi sekelian, silakan tag para pemimpin kamu untuk memaklumkan mereka ada ‘hasutan’ berlaku di sini. Tapi tak payah susah-susah aku dah buatkan pun” disusuli dengan tag kepada nama-nama pemimpin berkenaan.

Bagaimanapun tindakan dia itu mendapat sokongan daripada beberapa individu yang sependapat dengannya.






Namun bersyukurlah tidak ramai yang menyokong tindakannya dan ada yang mencemuh perbuatan Alvin.




Baguslah, walaupun satu bangsa mereka tetap mengkritik tindakan yang tidak betulnya ini

Sumber www.siakapkeli.com
Jom BacaAlvin Tan BIADAP ‘Babikan’ Pemimpin Negara

Sudah 3 Bulan Tak Bayar - Awal Ashaari Tuntut Gaji

Posted by kezamx on Wednesday 17 September 2014


Pengacara Awal Ashaari mrnuntut gaji dari pihak produksi The Band setelah 3 bulan rancangan itu tamat.

Ini kerana semua artis yang terlibat sudah menerima bayaran, hanya Awal Ashaari sahaja belum menerima gaji hasil mengacarakan program itu.

In kata Awal Ashaari (mStar):

"Program itu sudah pun selesai tiga bulan lalu dan sehingga kini saya masih belum menerima baki bayaran sebanyak 80 peratus. Bukannya sedikit.

"Yang peliknya, apabila saya tanya artis-artis lain yang terlibat, mereka semua sudah menerima bayaran masing-masing. 

"Dan kemudian bertanya pihak produksi pula, mereka kata, Astro belum membayar mereka lagi, sedangkan pihak Astro sudah menjelaskan wang mereka kesemuanya,"

"Rasanya saya sudah menjalankan tanggungjawab mengendalikan program ini dengan sebaik-baiknya dan antara saya dan produksi, kami tiada masalah.

"Takkan saya perlu meminta 'sedekah' untuk dapatkan duit sendiri? Lagipun apabila saya menandatangani sesebuah kontrak, saya sudah merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk tujuan tertentu.

"Tetapi apabila ia tersangkut, perancangan saya untuk menjelaskan beberapa perkara peribadi juga tertangguh," 

Ini dah kira menganiaya Awal Ashaari ni. Dah buat kerja tak dapat gaji pula.

Sumber hotlips-yuya.blogspot.com
Jom BacaSudah 3 Bulan Tak Bayar - Awal Ashaari Tuntut Gaji

Di Sebalik Tabir Pembikinanan Filem Terminator

Posted by kezamx on Sunday 14 September 2014




The Terminator franchise has been around for a long time now and next summer it will kick off a new trilogy. Take a look back at what went on behind the scenes throughout the history of the franchise.

















































Jom BacaDi Sebalik Tabir Pembikinanan Filem Terminator

'Jika Islam Itu Benar, Tempatkan Bilikku Di Neraka'

Posted by kezamx








Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya..



Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.



Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"



Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.



Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.



Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.



Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.



Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.



Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.



Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.



Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.



Sumber oopsshmedia.blogspot.com
Jom Baca'Jika Islam Itu Benar, Tempatkan Bilikku Di Neraka'

Luahan Sedih Hati Si Gadis Yang Bercinta Dengan Abangnya Sendiri Di Universiti

Posted by kezamx









Pengakuan oleh Aina (bukan nama sebenar) bagaikan cerita yang hanya dilihat dalam drama atau filem, namun hakikatnya ini benar-benar berlaku.



Sudah lima tahun kisah berlalu iaitu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi, tetapi tetap segar dalam kenangan dan menjadi pengajaran seumur hidup.



Memulakan bicara, Aina berkata, ketika semester pertama di universiti, dia berasakan kehidupannya begitu berubah.Masakan tidak, daripada anak manja tunggal yang tidak pernah berenggang dengan ibunya, dia kini perlu hidup berdikari.



Sememangnya sudah menjadi tabiat anak manja, dia memang kekok untuk bergaul dengan teman satu bilik yang seramai lapan orang di kolej.



Sikapnya yang susah mesra membuatkan ramai tidak mahu mendekatinya, lalu menjadikan dia semakin tidak betah menjadi mahasiswi.



Sebulan di tempat baru membuatkan saya rasa sangat sunyi. Saya tidak seronok walau ramai kawan. Setiap minggu saya akan balik ke rumah ibu di Kuala Lumpur, walau banyak belanja saya tidak kisah asal dapat menghabiskan masa dalam rumah dan selesa di bilik sendiri.



Adakalanya ibu memarahi saya kerana kerap pulang ke rumah, sangkanya saya langsung tidak mahu belajar.

Saya sebenarnya memang mahu belajar cuma saya tidak betah berjauhan dari ibu kerana sejak dari usia dua tahun kami tinggal berdua sahaja iaitu selepas ibu berpisah dengan ayah,” ujarnya.



Dek kerana takut dimarahi ibunya lagi, Aina mencari sebab untuk dia gembira berada kira-kira 500 kilometer jauh dari rumah dan ibunya.



€Å“Kalau hari kuliah saya tak rasa begitu sunyi, dilema saya ialah ketika hujung minggu kerana begitu bosan duduk di asrama. Kawan-kawan ada yang ajak berjalan-jalan tapi hati saya tidak begitu suka walaupun sekali-sekala saya ikutkan juga ajakan mereka,” imbasnya.



Mengenali Azam

Pada satu hujung minggu, dia cuba mengulangkaji pelajaran di perpustakaan universitinya.

Ketika itu, matanya bertentang dengan seorang pelajar senior yang bagi Aina mempunyai wajah cukup tampan.



Dia memberanikan diri memberi senyuman dan dibalas mesra oleh pelajar senior tersebut.

€Å“Azam (juga bukan nama sebenar) merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal di universiti yang sama.



Sejak berbalas senyuman, saya teringin mengenali Azam dengan lebih dekat. Selepas beberapa kali berjumpa di perpustakaan kami akhirnya bertukar nombor dan sering membalas SMS (khidmat pesanan ringkas).



€Å“Banyak persamaan antara kami, makanan hobi dan banyak lagi kegemaran kami yang sama. Saya sungguh selesa dengan Azam dan sejak berkenalan dengannya saya tidak pernah lagi rasa kesunyian.



Hari demi hari perhubungan kami semakin rapat dan berasa selamat ketika bersama dia, katanya.

Azam merupakan pelajar yang bijak dengan keputusan yang sentiasa memberangsangkan setiap semester. Jadi tidak hairanlah apabila dia telah ditawarkan pekerjaan oleh sebuah syarikat swasta beberapa bulan sebelum menamatkan pengajian lagi.



Kami begitu teruja kerana apabila Azam mula bekerja dia berjanji akan melamar saya. Dia akan membawa saya berjumpa dengan keluarganya di Terengganu dan saya juga akan memperkenalkan Azam kepada ibu saya di Kuala Lumpur.



Saya pasti ibu akan menerima Azam kerana saya kenal dengan ibu saya yang memang mahu melihat saya bahagia, jelasnya.



Pada satu cuti semester, Aina mengajak Azam untuk ke rumah ibunya dan salam perkenalan tersebut disambut dengan hati yang sungguh gembira.



Seharian kami menghabiskan masa di rumah, kami makan, menonton televisyen dan membelek album lama bersama ibu. Tiba pada satu keping gambar lama, Azam tiba-tiba berubah wajah. Terus ditanya siapakah dalam gambar tersebut. Ibu menerangkan itu adalah keluarga asal saya dengan bapa dan seorang abang bernama Amar.



Azam seolah kenal benar dengan wajah bapa dalam gambar tersebut kerana seingat Azam, bapanya juga mempunyai #foto yang sama yang dibingkaikan di dalam bilik bacaan keluarganya.



€Å“Selepas didesak barulah ibu bercerita. Rupanya ibu adalah isteri kedua ayah dan disebabkan jodoh tidak panjang mereka bercerai. Ketika itu mereka mempunyai dua anak iaitu saya dan abang yang beza usia cuma dua tahun. Selepas bercerai, mereka bersetuju ayah ambil anak lelaki manakala ibu ambil anak perempuan iaitu saya.



Menurut ibu, ayah membawa abang pindah ke Terengganu bersama keluarga isteri pertama yang telah mempunyai tiga anak dan selepas peristiwa itu mereka terputus hubungan hingga saat ini.



Selama ini saya memang tahu saya mempunyai abang tetapi saya tidak pernah bertanya mengenainya, mungkin sudah terlalu selesa hidup berdua dengan ibu.



Tanpa menunggu sesaat, Azam memberitahu saya bahawa itulah juga ayahnya dan Amar itulah juga adiknya. Ya benar, kami mempunyai bapa yang sama, dia anak sulong ayah bersama isteri pertama. Berderau darah saya dan reaksi ibu juga sama. Petang yang begitu ceria tiba-tiba bertukar menjadi dingin dan tegang,” imbas Aina.



Cuba berkawan

Usai cuti semester, Aina kembali ke kampus meneruskan pelajarannya seperti biasa biarpun perasaan berkecamuk antara lega bertemu saudara sedarahnya dengan rasa sedih kehilangan cinta hatinya.

Azam pula sudah mula bekerja dan sejak peristiwa itu mereka cuba berubah menjadi seperti adik-beradik atau sekurang-kurangnya kawan biasa.



Malangnya saya terasa begitu kekok, bayangkan daripada pasangan kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga, kini kami kena akur bahawa kami adik-beradik sama bapa berlainan ibu.



€Å“Walau saya cuba beberapa kali untuk menganggap Azam sebagai abang tapi saya akui memang sangat sukar. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak menghubungi Azam lagi. Kebetulan Azam juga ditugaskan ke luar negara selama dua tahun, jadi semakin mudah bagi saya melupakannya sebagai kekasih hati.



Saya juga tidak pernah menceritakan hal ini pada sesiapa. Hanya kami bertiga sahaja yang tahu. Namun hikmah selepas daripada kejadian itu, saya dapat bertemu semula dengan ayah dan abang sulong saya yang terpisah sekian lama,” katanya yang kini telah berumah tangga dengan rakan sepejabat dan baharu sahaja menimang cahaya mata berusia dua bulan.



sumber 
Jom BacaLuahan Sedih Hati Si Gadis Yang Bercinta Dengan Abangnya Sendiri Di Universiti

Kerap masuk tandas dedah rahsia awek cun

Posted by kezamx






Shah Alam: Selepas enam kali keluar masuk tandas, seorang remaja perempuan akhirnya ditahan anggota Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) selepas didapati positif dadah jenis syabu dalam Operasi Bersepadu di Plaza Tol Batu Tiga di sini, pagi semalam.



Remaja berusia 20 tahun itu pada mulanya memberi alasan tidak boleh membuang air kecil selepas teman lelakinya yang berusia 25 tahun didapati positif dadah, namun mengaku sudah tiga bulan mengambil bahan terlarang itu.



Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Diana mengaku mengambil syabu selepas diperkenalkan rakan selain mendakwa semakin rajin bekerja selepas mengambil dadah itu.



“Pada mulanya, saya hanya mahu mencuba, tetapi selepas mengambilnya saya jadi semakin rajin bekerja dan tidak mudah penat. Saya bekerja sebagai kerani jadi perlu memberi sepenuh perhatian selain beban kerja yang banyak.



PEGAWAI JPJ mengeluarkan saman ke atas pemandu yang melakukan kesalahan dalam operasi.



“Saya hanya membelanjakan RM50 mendapatkan bekalan dan kali terakhir saya ambil tiga hari lalu,” dakwanya ketika ditemui dalam operasi itu semalam. 



sumber 
Jom BacaKerap masuk tandas dedah rahsia awek cun

MH370: ‘Laporan Misteri’ Polis Indonesia, KPN Akui Terkejut

Posted by kezamx





Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan media Indonesia bahawa pihaknya mempunyai pengetahuan mengenai punca sebenar kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang menjadi misteri kepada dunia sejak ia hilang 8 Mac lalu.



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut dan terkejut dengan laporan media itu.



“Saya nak tahu akhbar apa dan bila berita itu disiarkan. Saya akan tanya rakan saya Kapolri (Ketua Polis Republik Indonesia) sama ada beliau ada berkata begitu.



“Saya tidak dimaklumkan tentang perkara ini,” katanya hari ini.



Laporan berita Indonesia, Tempo.co, semalam memetik ketua polis republik tersebut, Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.



Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.



Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir. – Bernama
Jom BacaMH370: ‘Laporan Misteri’ Polis Indonesia, KPN Akui Terkejut

Pasangan Pengantin Diarak Dengan Traktor Pembajak Sawah

Posted by kezamx





Dalam mengadakan sesebuah majlis perkahwinan sebenarnya terdapat pelbagai cara dan tempat dan ianya mengikut citarasa masing-masing dan yang penting kedua-dua belah pihak setuju.



Uniknya dalam satu majlis perkahwinan sepasang pengantin di Alor Setar ialah mereka berarak dengan menaiki sebuah traktor pembajak.



Seperti yang kita tahu Kedah amat kaya dengan sawah padinya yang luas dan mungkin mereka ingin bertemakan dengan identiti tersebut, ─ SiakapKeli.com
Jom BacaPasangan Pengantin Diarak Dengan Traktor Pembajak Sawah

Polis Tahan 4 Guru Berhubung Kertas UPSR

Posted by kezamx





KUALA LUMPUR – Polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak hari ini berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata tiga guru lelaki dan seorang guru wanita ditahan dalam operasi bermula pada 3.30 petang.



“Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. Tiga ditahan di Pulau Pinang dan seorang di Perak. Polis turut merampas gajet komunikasi dalam serbuan itu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Gan berkata sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.



Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.



LPM menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.



Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na’imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. – BERNAMA
Jom BacaPolis Tahan 4 Guru Berhubung Kertas UPSR

Prinsip Akta Hasutan Perlu Dikekalkan

Posted by kezamx







KOTA KINABALU – Perkara asas dalam Akta Hasutan 1948 bagi memelihara keamanan, perpaduan dan keselamatan negara perlu dikekalkan seandainya kerajaan memutuskan untuk meminda, memansuh atau menggantikan akta tersebut.



Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said berkata apa yang lebih penting daripada nama akta berkenaan ialah wujudnya undang-undang yang boleh dikuatkuasakan demi keamanan dan ketenteraman awam.



“Saya bersetuju bahawa sebarang undang-undang itu mestilah memberi jaminan terhadap keamanan negara kita. Itu yang penting,” katanya

kepada pemberita selepas menjadi anggota panel pada forum Wacana Ilmu bersama Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di sini hari ini.



Forum itu dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama Jabatan Penerangan Sabah.



Dua lagi anggota panel ialah Jamawi Jaafar, Pengawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Pegawai Penyelaras Perisikan ESSCom, ACP Hassim Justin.



Salleh, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, berkata walaupun rakyat mempunyai kebebasan bersuara tetapi perlu ada batasnya bagi memastikan kepentingan semua pihak dihormati dan terpelihara di negara ini.. – BERNAMA
Jom BacaPrinsip Akta Hasutan Perlu Dikekalkan

” Saya Bukan Perkauman, Cuma Tegakkan Hak Melayu ” – Zahid

Posted by kezamx





PARIT – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lantang bersuara memperjuangkan empat teras utama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, berkata beliau bukan bersikap perkauman atau menghalang hak bangsa lain tetapi cuma mahu menegakkan keistimewaan hak Melayu.



Empat teras yang diperjuangkan beliau ialah Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Sultan sebagai raja berpelembagaan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan kepada orang Melayu.



“Mereka (kaum lain) mahu kesamarataan dan apa yang kita mahu lakukan adalah kesaksamaan. Kenapa hak kita yang termaktub dalam Perlembagaan perlu dipertikaikan. Adakah jika kita mempertahankan hak kita kita dipandang perkauman.



“Kita mempertahankan hak kita dengan tidak menafikan hak kaum lain tetapi jangan cuba menggugat hak orang Melayu,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Parit 2014, di sini hari ini.



Pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh di Terengganu semalam, Ahmad Zahid mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengganggu empat teras utama yang menjadi tunggak perundangan negara.



Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata pada masa kini, terdapat pihak tertentu yang cuba menyanggah empat teras itu apabila melihat orang Melayu mula berpecah.



“Cukuplah bertelagah tidak kira di dalam Umno, PAS atau Parti Keadilan Rakyat. Kita sebagai orang Melayu perlu bersatu untuk sama-sama mempertahankan empat perkara ini kerana ia tidak ternilai harganya dan kita tidak mahu ia dihapuskan daripada Perlembagaan,” katanya.



Beliau turut meminta anggota Umno supaya jangan terus bersengketa sebaliknya berusaha mengambil langkah mempererat hubungan demi membantu kerajaan membela rakyat.



Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan mana-mana pihak yang cuba untuk mempertikaikan empat teras itu boleh disiasat mengikut Akta Hasutan 1948. – BERNAMA

Jom Baca” Saya Bukan Perkauman, Cuma Tegakkan Hak Melayu ” – Zahid

Luahan hati bapa murid isu soalan UPSR bocor dikongsi 5,000 Pengguna Facebook!

Posted by kezamx




Petang tadi anak saya yang kelapan bertanya: "pa betul ke soalan sains bocor, Shira dengar kawan-kawan beritahu soalan sains bocor". Satu soalan pendek tetapi sukar juga untuk menjawabnya. Saya hanya beritahu: "esok Shira pergi aje ke sekolah, kalau ada periksa jawab elok-elok". Anak pun mengangguk sahaja dengan penjelasan yang tidak menepati pertanyaan.



Begitulah dunia kanak-kanak hari ini. Mereka juga bermaklumat. Mereka boleh akses maklumat di hujung jari seperti orang dewasa. Anak kelapan saya memiliki kemahiran yang luar biasa dalam ilmu IT ini. Apa-apa sahaja barang elektronik seperti telefon bimbit, laptop atau apa jua gajet, mampu digunakanannya. Kita terkial-kila membaca "command" atau buku manual, tetapi anak hanya tekan sana sini sudah selesai.



Sudah lapan daripada sembilan anak saya menduduki UPSR. Seingat saya baru kali ini kes soalan UPSR bocor. Soalan PMR dan SPM telah acap kali bocor. Semasa Cambridge yang menyediakan soalan peperiksaan untuk negara kita, tidak pernah ada kes kebocoran soalan kerana tingginya integriti orang putih. Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa berdepan dengan tekanan psikologi yang tinggi, Terutama jenis ibubapa yang terlalu mengharapkan kejayaan cemerlang dan luar biasa dari anak sekecil ini.



Saya sebenarnya tidak pernah pedulikan peperiksaan UPSR ini. Sedikit pun saya tidak ambil peduli berapa A yang bakal diperolehi oleh anak-anak. Ayat-ayat mudah saya katakan pada anak-anak, jika semua A pun bukan boleh terus masuk universiti. Semua subjek dapat A pun akan masuk tingkatan satu terlebih dahulu. Begitu juga dengan PMR. Saya juga tidak memberikan apa-apa tekanan pada anak-anak.



Jadi, anak-anak saya secara santai menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Sebabnya saya dan isteri tidak sedikit pun memberi tekanan kepada mereka. Mereka terlalu kanak-kanak untuk dipaksakan dengan kejayaan yang bukan-bukan. Sejujurnya saya mahu anak-anak membesar dengan cara semula jadi (natural), seperti zaman saya membesar dahulu. Biar mereka hidup dengan realiti zaman kanak-kanaknya.



Sistem pendidikan di negara ini telah meragut dan merampas zaman kanak-kanak secara keseluruhannya. Bertambah malang jika kedua ibubapa juga berperangai menekan anak-anak untuk lulus cemerlang. Pada mereka anak-anak yang cemerlang peperiksaan adalah kebanggaan kedua ibubapa, walaupun akhlaknya kurang cemerlang. Yang penting mereka berjaya dengan barisan semua A atau "straight A". A adalah pengukur kecemerlangan walaupun akhlak tidak menjadi.



Perlu diingat, anak-anak bukan robot. Anak-anak kita adalah manusia yang punya jiwa dan perasaan. Jika mereka masih kanak-kanak, maka perasaan keanak-anakan itulah yang menjadi realiti hidup mereka. Sistem pendidikan kita hari ini mengajar kanak-kanak menjadi tua sebelum masanya. Zaman kanak-kanak mereka dirampas secara zalim dan kejam bersandarkan kecemerlangan akademik dan "straight A".



Saya mendidik anak-anak dengan cara purba dan konservertif iaitu membiarkan kesemua anak-anak membesar secara "natural" seperti saya dibesarkan. Saya biarkan mereka bermain hujan dan panas. Mereka boleh bermain di longkang sambil tangkap ikan longkang dan banyak lagi kehidupan kanak-kanaknya dilayan seadanya. Mereka hidup santai dan ceria. Apabila mendudki peperiksaan mereka tetap berjaya cemerlang. Kesemua yang menduduki UPSR, PMR dan SPM berjaya dan cemerlang.



Kesemua mereka masih di bangku sekolah. Lima orang yang telah mendudki SPM, kini berada di universiti dalam dan luar negara di dalam pelbagai bidang profesional seperti perubatan, arkitek, kejuruteraan dan pensyarah. Yang sulung sedang menghabiskan pengajian sarjana. Saya tidak pernah menekan mereka di peringkat UPSR dan PMR. Jika mereka mahu tuisyen saya hantar, jika mereka tidak mahu, belajar sahaja di rumah. Mereka bebas memilih untuk belajar kelas tuisyen dan tiada paksaan.



Saya hanya fokus ketika di peringkat SPM. Di peringkat ini saya ingatkan mereka supaya lebih fokus pada masa depan. SPM adalah penentu untuk memasuki lebuhraya pendidikan peringkat tinggi. Bermula dengan diploma hingga ke peringkat doktor falsafah (Phd), itulah jalur pendidikan peringkat tinggi. Saya selalu ingatkan bahawa universiti berada di dalam diri, bukan di sekolah yang mereka duduki.



Sebab itu, sedikit pun saya tidak pernah ambil kisah tentang sekolah berasrama penuh. Ada anak-anak yang dapat memasuki asrama penuh untuk pengambilan tingkatan satu dan empat, tetapi mereka tidak pergi. Setakat ini, hanya anak ke empat memasuki tingkatan empat di asrama penuh dan anak ketujuh memasuki ketika tingkatan satu. Bukan kehendak saya dan isteri, tetapi itu kehendak dan pilihan mereka sendiri.



Maknanya kejayaan bukan di sekolah, tetapi di dalam diri mereka sendiri. Mereka yang mengurus kejayaan dengan bimbingan dan sokongan kita sebagai ibubapanya. Saya dan isteri sentiasa sibuk dengan tugasan kerja rasmi, Di waktu antara maghrib dan isyak ketika di bilik solat, saya bertanyakan tentang persekolahan mereka. Itu sahaja masa yang saya ada untuk memberi dorongan kepada mereka. Tetapi setiap malam kami bersolat hajat untuk kejayaan ahli keluarga. Inilah kekuatan luar biasa yang tiada tolok bandingnya.



Apabila terdengar cerita dan terbaca berita di dalam media sosial tentang soalan bocor, terfikir oleh saya soalan bocor atau integriti segelintir orang yang diamanahkan itu yang bocor. Kenapa boleh bocor. Ababila bocor mesti ada orang yang kena dipertanggungjawabkan di atas kebocoran ini. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kes ini lebih kepada bocor atau ketirisan integriti mereka ini. Antaranya pencetak soalan, segelintir pegawai di Lembaga Peperiksaan KPM dan juga pegawai yang diamanahkan di Bilik Kebal setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Saya bukan menuduh, tetapi kebocoran pasti bermula dari salah satu lubang di situ.



Agak lama juga saya bekerja di KPM Putrajaya. Sedikit sebanyak perkara-perkara dasar seperti ini saya tahu juga. Isunya lebih kepada integriti pegawai yang diamanahkan menggubal soalan, pencetak yang diamanahkan mencetak soalan dan pegawai yang diamanahkan menjaga Bilik Kebal. Mereka ini perlu dipertanggungjawab terlebih dahulu. Mereka telah mengharubirukan suasaa ketenangan murid yang sedang menduduki UPSR. Kurang sungguh integriti segelintir mereka yang diamanahkan terhadap perkara-perkara yang sulit seperti soalan peperiksaan ini.



Namun begitu, kelihatan anak saya rileks dan santai sahaja. Sebabnya tiada apa-apa tekanan dari kami sebagai ibubapa kepadanya. Kami biarkan dia membesar dengan dunia kanak-kanaknya tanpa dirampas dengan meletakkan harapan yang menggunung tingginya. Sedangkan dia hanya seorang kanak-kanak. Saya mahu kesemua anak saya menikmati zaman kanak-kanaknya sebaik mungkin. Harapan yang terlalu tinggi menjadi tekanan kepada anak-anak kita. Mereka akan stress. Bertambah stress jika peperiksaan ditangguhkan.


Jom BacaLuahan hati bapa murid isu soalan UPSR bocor dikongsi 5,000 Pengguna Facebook!
Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free