PENYERANG Liverpool, Luis Suarez mencetak 30 gol musim ini dan Rahim Sterling turut membantu The Reds mengukuhkan kedudukan teratas liga selepas menang 3-2 ke atas Norwich, Ahad malam.
Liverpool mudah meraih gol seawal minit keempat menerusi Sterling sebelum Suarez menambah satu gol lagi minit ke-11 permainan.
Permulaan yang teruk buat Norwich, namun mereka bangkit pada babak kedua cuba mengejar jaringan menerusi Gary Hooper minit ke-54.
Bagaimanapun Sterling sekali lagi menambah koleksi jaringannya pada minit ke-62 bagi melengkapkan gol ketiga The Reds.
Norwich tidak berputus asa cuba memecah benteng pertahanan Liverpool dan akhirnya mereka berjaya menambah jaringan kedua melalui Robert Snodgrass minit ke-77.
Keputusan tersebut sekaligus menyaksikan Liverpool mencatat kemenangan sebelas kali berturut-turut dan meninggalkan lima mata daripada pencabar terdekat Chelsea.
Kedua-dua pasukan ini akan bertemu di Anfield Ahad ini.
Senarai pemain:
Norwich City: Ruddy, Whittaker, Martin,Turner, Olsson, Johnson , Howson, Fer, Snodgrass, Redmond, Hooper (pemain simpanan) van Wolfswinkel, Murphy
Liverpool: Mignolet, Johnson, Skrtel, Sakho, Flanagan, Gerrard , Lucas, Allen, Sterling, Coutinho, Suarez (pemain simpanan) Moses, Agger – mStar
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment