KUALA LUMPUR – Lapan kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 7 pagi ini.
Menurut senarai bacaan IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS), lapan kawasan tersebut ialah Nilai yang mencatat bacaan 65, Batu Muda (61), Paka (60), Kemaman(59), Banting (52), Pelabuhan Klang (51), Pasir Gudang (51) dan Kangar (51).
Kawasan lain mencatat bacaan IPU baik.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU.- BERNAMA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment