KUALA LUMPUR – SPAZ Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM151.98 juta daripada Malaysia Airports Holdings Bhd untuk membina Akademi Malaysia Airports dan kerja-kerja berkaitan lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Seacera Group dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kerja-kerja bermula bulan ini dan dijangka selesai pada April 2017.
Seacera masih sedang memuktamadkan perjanjian langganan sahamnya bagi membeli 60 peratus pegangan dalam SPAZ, sebuah syarikat pembinaan.
Dengan kontrak baharu tersebut, Seacera Group berkata jumlah nilai kontrak SPAZ setakat ini berjumlah RM339.92 juta.
“Tertakluk kepada penyelesaian Perjanjian Langganan, kerja-kerja itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih Seacera Group,” kata kumpulan itu. – BERNAMA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment