KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melantik RHB Islamic Bank Bhd sebagai ejen Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i), berkuat kuasa 17 Mac, 2014.
“Melalui pelantikan ini, pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN boleh membuka Akaun SSPN-i dan membuat deposit ke dalam akaun itu di semua cawangan RHB Islamic Bank dan bank RHB di seluruh negara,” kata RHB Islamic dalam satu kenyataan.
Katanya menerusi lebih 200 cawangan RHB Islamic dan bank RHB di seluruh negara, pemegang PTPTN akan mempunyai akses mudah untuk membuat urus niaga berkaitan dengan pinjaman PTPTN mereka.
Melangkah ke hadapan, RHB Islamic Bank akan menyokong skim SSPN-i dengan menyediakan pemegang akaun, perkhidmatan tambahan termasuk kemudahan perbankan layan diri, kata bank itu.- BERNAMA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment