Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Institusi Pondok Perlu Pelbagaikan Ilmu – Mukhriz

Posted by kezamx on Wednesday, 23 April 2014





ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyarankan supaya institusi pondok membuka pintu kepada agensi serta institusi latihan.



Katanya, langkah itu dapat membantu melonjak potensi institusi berkenaan, terutama dalam menyediakan nilai tambah dari segi aspek kemahiran kepada kualiti warga pondok.



Beliau berkata, warga pondok harus akur bahawa mereka juga harus menguasai ilmu-ilmu yang pelbagai, selain ilmu agama.



“Ilmu agama adalah menjadi tumpuan, namun ilmu-ilmu bersifat keduniaan juga wajar dipentingkan. Gabungan ilmu sememangnya pun dituntut oleh agama.



“Bukannya bertujuan untuk merendahkan pendidikan Islam itu tetapi untuk menyahut seruan agama sendiri agar ummah kaya dengan segala ilmu yang ada.



“Ummah yang mantap didikan agama Islamnya dan kaya pula dengan pelbagai kemahiran sudah pasti tidak mudah diperkotak-katik, sebaliknya dihormati, disegani dan disanjungi,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di sini, sebentar tadi. – BH Online

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free