Pages

kezamx. Powered by Blogger.

1,981 PLT Diwujudkan Sejak Awal Tahun Lepas

Posted by kezamx on Wednesday, 23 April 2014





KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu sebanyak 1,981 perniagaan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) berjaya diwujudkan sejak perniagaan alternatif itu diperkenalkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Februari tahun lepas.



Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata angka itu menunjukkan penerimaan memberangsangkan komuniti perniagaan kerana mereka diberi kuasa fleksibel mengurus PLT, antaranya penyata kewangan tidak perlu diaudit.



“Bagaimanapun perundangan PLT menetapkan mekanisme yang mewajibkan setiap PLT supaya menyediakan akaun untung dan rugi serta kunci kira-kira dari semasa ke semasa bagi memberi gambaran yang benar dan adil tentang PLT kepada SSM,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Megat Zukarnain Omardin.



Sebelum PLT diperkenalkan, mereka yang bercadang memulakan perniagaan perkongsian boleh memilih sama ada menubuhkan satu perkongsian atau jenis syarikat.



Ahmad Bashah berkata antara sektor yang mendaftar sebagai PLT ialah perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan, pengurusan promosi, penjualan produk Internet, jualan produk langsung, restoran, perkhidmatan pengurusan projek dan harta serta francaisor dan francaisi.



PLT yang menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat dan perniagaan perkongsian adalah inisiatif SSM di bawah Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Laporan Menjalani Perniagaan Bank Dunia, yang ditumpukan kepada Petunjuk Memulakan Perniagaan(SAB). – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free