Insiden tragik feri karam di Pulau Jeju, baru-baru ini turut dikecam oleh Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye yang mengkritik tingkah laku kapten dan kru feri itu sebagai tidak boleh diterima malah menyamakan tindakan mereka seperti ‘membunuh’ penumpang feri tersebut.
Tindakan kapten feri, Lee Joon-Seok dan dua lagi anak kapal dikritik ramai kerana bertindak melarikan diri serta meninggalkan beratus penumpang yang terperangkap dalam feri.
“Tindakan yang diambil kapten dan beberapa anak kapalna adalah tidak bertanggungjawab, tidak boleh diterima dan menyamai tindakan membunuh,” kata Park.
Dalam kemalangan tersebut, Lee telah melengahkan pemindahan penumpang ketika feri itu mula terbalik dan karam.
Feri Sewol yang membawa 476 orang karam selepas berlepas dari pelabuhan Incheon ketika menuju ke pulau peranginan popular Korea, Pulau Jeju.
Setakat ini telah disahkan sebanyak 64 penumpang mati manakala 238 lagi masih hilang. – SiakapKeli.com
Oleh: Audrey Lee
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment