Kuantan – Tiga lelaki termasuk seorang pelajar lemas dalam dua kejadian berasingan di Pantai Balok dan Teluk Cempedak, petang tadi.
Dalam kejadian jam 4.20 petang di Pantai Balok, dua lelaki lemas selepas tergelincir dari batu di pantai berkenaan.
Mayat mangsa, Aman Ahamad, 21, dijumpai oleh orang awam yang sejurus kejadian itu manakala rakannya, Wan Mohd Akram Wan Yusof, 25, dijumpai pasukan penyelamat jam 6.20 petang.
Sementara itu di Teluk Cempedak, di sini, seorang remaja berusia 14 tahun lemas ketika mandi bersama tiga rakannya, kira-kira 4 petang tadi. – Harian Metro
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment