Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Pertukaran MB Ahmad Said Kunci Mulut

Posted by kezamx on Wednesday, 23 April 2014

Pertukaran MB Ahmad Said Kunci Mulut


Ahmad Said: Saya tak berani komen

[sinar]- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengambil pendekatan untuk ‘mengunci mulut’ berkaitan desas-desus mengenai pertukaran dua menteri besar yang akan diganti tidak lama lagi.

Malah beliau berkata, tidak mendapat sebarang maklumat mengenai khabar angin yang sedang bertiup kencang itu.

“Saya pun tidak berani nak komen, itu tulisan di blog. Macam-macam boleh tulis, no komen. Itu sahaja yang boleh saya kata, nak kata macam mana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ucaptama Negeri dan Pelancaran Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Negeri di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Jelas beliau, yang menjadi keutamaannya kini adalah menumpukan usaha mentadbir negeri dan membuat persiapan bagi pilihan raya umum akan datang, memandangkan BN kini hanya berkelebihan dua kerusi, iaitu 17-15.

Ketika ditanya adakah ia berkemungkinan salah satu usaha untuk menjatuhkan beliau, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat yang menempelak pihak yang tidak bertanggung jawab menyebar fitnah berhubung dakwaan mengaitkan namanya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Sebaliknya, Adun Telemong itu tampil menafikan dakwaan yang hangat diperkatakan di laman sosial dan blog kononnya beliau bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar.

Menurutnya, dakwaan itu sebenarnya adalah spekulasi politik yang berlaku di Terengganu dan tidak pernah berhenti dari dulu hingga sekarang.


Rozi MamatRozi: Saya bukan calon MB

[sinar]- Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Rozi Mamat menempelak pihak yang tidak bertanggung jawab menyebar fitnah berhubung dakwaan mengaitkan namanya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Sebaliknya, Adun Telemong itu tampil menafikan dakwaan yang hangat diperkatakan di laman sosial dan blog, kononnya beliau bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Said menerajui pucuk pimpinan pentadbiran negeri.

Menurutnya, dakwaan itu  sebenarnya adalah spekulasi politik yang berlaku di Terengganu dan tidak pernah berhenti dari dulu hingga sekarang.

“Saya harap mereka yang menyebarkan cerita-cerita palsu ini supaya berhenti daripada terus berbuat demikian dan tidak sepatutnya berlaku kerana dan ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Sepatutnya kita sebagai umat Islam, jika tidak mampu menjadi garam di lautan, jangan kita jadi langau yang boleh memburukkan keadaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Bapa dan Jabatan Angkat Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang tersebar di laman sosial dan blog, yang mengaitkan sumber yang boleh dipercayai daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memetik sebagai berkata, bakal membuat penukaran Menteri Besar Terengganu tidak lama lagi.

Menurut artikel itu, Ahmad Said telah dijanjikan dengan satu jawatan baharu yang tidak dipastikan ‘post’nya.

Pertukaran itu dikatakan  berpunca daripada laporan 'geng Idris Jusoh' yang bukan sahaja menyebut Ahmad Said membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus disemua peringkat, bahkan beliau juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh Umno Pusat sebelum ini.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free