Johor Bahru: Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga
mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah
masjid di Tampoi, di sini, sempat mencuci tangan berlumuran darah
sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak
perbuatannya dikesan.
Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Ahmad Syukri Abu Bakar @
Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di
beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian.
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital
Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang
ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.
Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek
mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka
turut disedari jemaah lain.
“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia berlarutan sehingga ke
waktu solat Maghrib dan akhirnya menyebabkan kematian seorang daripada
mereka,” katanya yang turut menunaikan solat Asar dan Maghrib berjemaah
bersama suspek serta mangsa, sebelum kejadian.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/02
Home » isu semasa » Sambung solat lepas bunuh
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment