Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Maksud Masyarakat Arab Jahiliyah

Posted by kezamx on Tuesday, 1 April 2014

Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dansosial. Menurut ayat al-Quran yang bermaksud:
"Sesudah itu, patutkah mereka menghendaki hukum Jahiliyah? Dan siapakah yang boleh membuat hukum lebih baik daripada Allah bagi orang yang yakin." (Al-Maidah|5:50)
Masyarakat jahiliyah tidak merujuk pada masyarakat bodoh dalam pengertian tiadanya pengetahuan dan peradaban, melainkan pada nilai-nilai yang jauh dari kebenaran (fitrah, Islam).
"Ketika orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong yang ada dalam hati mereka perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah lalu Allah turunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman, serta meminta mereka tetap berpegang kepada Kalimah Taqwa, sedang mereka adalah orang yang sangat berhak dengannya dan menjadi ahlinya. Dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Fath|48:26)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free