Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Jari Mangsa Feri Karam Patah Panjat Dinding

Posted by kezamx on Wednesday, 23 April 2014





Pulau Jeju – Pasukan penyiasat yang menyiasat insiden feri karam mendapati kebanyakan pelajar sekolah yang meninggal dunia dalam tragedi itu mengalami jari patah, dipercayai berlaku ketika mereka mencuba sekuat hati untuk melepaskan diri.



Media tempatan melaporkan, pelajar tersebut terdesak untuk melepaskan diri dan cuba memanjat dinding atau pintu ketika feri Sewol itu tenggelam dan air memasukinya.



Malah pnyelam yang turun ke dasar laut dalam sejuk itu mendapati kebanyakan mayat adalah pelajar sekolah yang masih berpaut pada kabin, koridor dan dek yang terbalik.



Kebanyakan mangsa adalah mereka yang disuruh oleh kru kapal supaya berada di dalam bilik, dengan alas an demi keselamatan sendiri.



“Kami dilatih untuk berdepan dengan tebusan atau kes culik, namun dalam keadaan ini kami mesti memberanikan diri untuk mencari mayat-mayat berkenaan dalam air yang gelap,’’ kata seorang penyelam, Hwang Dae-sik.



Dalam pada itu, upacara pengebumian 25 pelajar telah diadakan di Seoul.



Tragedi ini juga membangkitkan simpati Korea Utara yang selama ini mempunyai hubungan yang tegang dengan Korea Selatan.



Pyongyang dilaporkan menghantar mesej simpati dan takziah kepada keluarga mangsa.



Sementara itu, dalam perkembangan lain, pendakwaraya mendakwa feri itu membawa 3,600 tan kargo, iaitu melebihi tiga kali berat yang dibenarkan ketika meninggalkan pelabuhan.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free