Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Pemimpin Politik Suruh Pembantu Raba Wartawan

Posted by kezamx on Monday, 21 April 2014





RUSIA – Seorang wartawan wanita yang sedang hamil, terpaksa dirawat di hospital selepas seorang pemimpin politik pro Kremlin, Vladimir Zhironovsky mengarahkan dua pembantu lelakinya supaya meraba wartawan itu ketika sidang media berlangsung.



Ia susulan pertanyaan Stella Dubovitskaya bertanyakan soalan mengenai sekatan yang dikenakan ke atas Ukraine.



Selepas mendengar soalan itu, Zhironovsky yang juga pengasas parti berhaluan kanan, Parti Demokratik Liberal terus mengamuk .



“Awak bertanyakan soalan mengenai sekatan. Awak kena hadapinya dengan kelembutan,’’ katanya sambil melenting.



Apabila seorang wartawan lain memberitahu “Dia sedang mengandung, kenapa awak menyerangnya?.



Zhironovsky kemudiannya menolak dua pembantunya ke arah Stella dan menjerit `pergi cium dia. Raba dia.’’



Salah seorang daripada pembantunya kemudian menyentuh Stella, menyebabkan wanita itu terkejut selain mengejutkan wartawan lain yang ada di situ.



Ketika seorang wartawan wanita Yulia Chuchalova menjerit dan memberitahu kepada Zhironovsky bahawa perbuatannya itu memalukan, Zhironovsky kemudiannya terus menyerang balas dengan mengeluarkan perkataan yang `kurang ajar’.



Dia juga mempersoalkan kenapa Yulia masuk campur sambil memanggil wanita itu sebagai lesbian dan menyuruhnya keluar.



“Tidak ada tempat untuk wanita yang mengandung. Kita perlukan orang yang sihat. Orang yang mengandung tidak patut bekerja. Duduk di rumah dan jaga anak, faham,’’ katanya.



Tindakan Zhironovsky itu menyebabkan beberapa wartawan wanita lain keluar meninggalkan sidang media itu.



Dalam pada itu, Zhironovsk kini berdepan dengan tindakan undang-undang daripada majikan wartawan wanita yang mengandung itu.



Kesnya akan dikendalikan oleh peguam Anatoliy Kucherena, iaitu peguam kepada bekas agen CIA, Edward Snowden.



Selain itu, Pengerusi Parliman, Sergey Naryshkin juga memohon maaf atas kelakuan Zhirinovsky.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free