Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Peniaga Roti John Mohon Maaf, Turut Alami Keracunan

Posted by kezamx on Saturday 5 July 2014

Peniaga Roti John Mohon Maaf, Turut Alami Keracunan | “Selepas berita mengenai kejadian yang menimpa anak saya disiarkan Harian Metro dan tersebar di Facebook, peniaga roti John terbabit ada menghubungi saya semalam (kelmarin) dan melahirkan kekesalan serta memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Peniaga terbabit benar-benar menyesal dengan apa yang berlaku kerana beliau juga turut mengalami sakit perut. Dengan permohonan maaf yang dibuat peniaga terbabit dan dengan kemuliaan Ramadan ini, saya membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40.

Hamdan adalah bapa kepada empat beradik Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4, yang terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), Klang kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah roti John yang dibeli di bazar Ramadan Taman Sri Muda, di sini, Ahad lalu.

Peniaga Roti John Mohon Maaf, Turut Alami Keracunan

2 Beradik Koma Selepas Makan Roti John Sri Muda?

Beliau berkata, keputusannya itu turut dipengaruhi keadaan anak ketiganya Muhammad Qayyim yang semakin pulih walaupun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAR.

“Muhammad Qayyim sudah sedar dan menunjukkan tindak balas ketika namanya dipanggil, pagi tadi (semalam) dan ini satu petanda positif walaupun doktor ada memaklumkan jangkitan kuman akibat keracunan itu boleh menyebabkan jangkitan pada otak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu siasatan menyeluruh dijalankan pihaknya kerana perkara yang berlaku adalah serius.

Menurutnya, jenis kuman yang terdapat dalam roti John yang didakwa menjadi punca empat beradik keracunan makanan Selasa lalu akan dikenal pasti terlebih dulu.

Katanya, bagi memastikan perkara sama tidak berulang, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan di bazar Ramadan untuk memantau tahap kebersihan premis yang menjual makanan serta minuman.

“Kami memandang serius kejadian ini dan berharap perkara sama tidak akan berulang.

“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai agar memberikan perhatian kepada tahap kebersihan gerai makanan kerana bimbang kualiti makanan juga terjejas,” katanya. Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Sharin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan Selangor terlebih dulu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free