Home » isu semasa » Gimnas Malaysia raih gangsa acara berpasukan
Gimnas Malaysia raih gangsa acara berpasukan
Posted by kezamx on Friday, 25 July 2014
GLASGOW: Pasukan gimrama Malaysia meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di SSE Hydro Arena di sini, semalam.
Pasukan itu dibarisi Amy Kwan Dict Weng, Wong Poh San dan Fatin Zakirah Zain Jalany, mengumpul 135.825 mata, mengatasi pasukan pilihan England untuk pingat gangsa.
Acara itu dimenangi Kanada dengan 141.450 mata manakala pingat perak menjadi milik Wales dengan 136.625 mata.
Walaupun gembira dengan pingat gangsa, trio itu mengaku mereka menyasarkan pingat emas.
"Kami telah membuat persembahan terbaik dan agak kecewa. Sebenarnya kami menyasarkan pingat emas tetapi memenangi pingat gangsa juga okay. Kami gembira dengan apa yang kami capai," kata Amy, 19.
Bagi Poh San, pertandingan yang memakan masa yang lama dan memenatkan itu membuahkan hasil buat mereka.
Pertandingan bermula 10.30 pagi dan berakhir kira-kira 10.30 malam (pukul 5.30 pagi waktu 5.30 Malaysia).
Beliau berharap mereka bertiga akan dapat cukup rehat untuk meneruskan pertandingan dalam acara all-around individu pada Jumaat. - BERNAMA
Labels:
isu semasa
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment