Changlun - Seorang pemburu maut setelah tertembak diri sendiri ketika memburu babi hutan di Ladang Laka Selatan dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintenden Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian pada kira-kira 6 petang semalam, Teragi Anthony, 59, dari Pokok Sena sedang memburu bersama anak saudaranya, Jasbistih Anthony, 26 tahun sejak 3 petang.
Mangsa dipecayai tertarik picu senapang patah jenis Spanish miliknya semasa menunggang motosikal untuk mengesan lokasi babi hutan, katanya kepada pemberita.
Katanya, mangsa mati di tempat kejadian setelah tembakan mengenai bahagian kiri kepalanya.
"Difahamkan mangsa telah menyuruh anak saudaranya itu tunggu di atas bukit di kawasan itu sementara mangsa menunggang motosikal sambil membawa senapang sebelum mangsa tertarik picu senapang itu," katanya.
Abdul Rahim berkata keadaan jalan bukit yang berlopak-lopak berkemungkinan menyebabkan mangsa menunggang motosikal dalam keadaan yang sukar sambil memegang senapangnya.
Menurut Abdul Rahim mangsa memiliki lesen senjata api untuk memburu. - rtm.gov.my
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment