Pages

kezamx. Powered by Blogger.

PAS Tak Setuju Wan Azizah, Drama Tukar MB Panjang Lagi

Posted by kezamx on Tuesday 22 July 2014





23 JUL: Jika PKR berpendapat Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, elok tunggu dahulu.



Ini kerana PAS Selangor dan Pusat sebelum ini tidak pernah mencapai apa-apa persetujuan menggantikan Adun Kajang itu dengan Khalid.



“Kita tak pernah setuju,” itu ditegaskan Pesuruhajaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad sebagai mengulas keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memilih Wan Azizah selepas mengugurkan Khalid.



iskandar samadMenurut Iskandar, PKR perlu menghormati keputusan PAS Selangor dan Pusat sebelum ini yang mahu Khalid dikekalkan.



Untuk rekod, PAS sebelum ini setuju menyokong Langkah Kajang dan PRK Dun Kajang beberapa bulan lalu asalkan tiada kaitan dengan proses menggantikan Khalid.



Iskandar yang juga Adun Cempaka dan anggota Exco menjelaskan, menggantikan Khalid dengan Wan Azizah adalah keputusan PKR.



Katanya, segala keputusan pimpinan negeri mengikut pendirian Pakatan Rakyat (PR) yang akan ditetapkan melalui majlis presiden dalam minggu ini.

“PKR sepatutnya bertanyakan pendapat kami dahulu,” tegas ketika ditemui media di majlis berbuka puasa di sebuah masjid di Kuang, Selasa.

Sementara itu Khalid menjelaskan, walaupun menghormati keputusan parti, PKR juga perlu mengikuti lunas enakmen negeri jika mahu mengemukakan permohonan untuk pertukaran.



“Kalau diganti, penggantiannya mesti diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.



Khalid berkata beliau tidak berkecil hati apabila “digantikan” oleh partinya sendiri.



Menteri besar itu berkata beliau hanya bekerja untuk rakyat selagi diperlukan oleh rakyat Selangor.



Menurut Khalid, ini adalah politik dan beliau masuk PKR kerana reformasi.



“Saya juga sangat seronok perkara ini . Boleh jadi tahun akan datang saya dapat berehat dengan cucu-cucu saya,” kata beliau di majlis sama.



Berdasarkan penjelasan Iskandar, drama PKR untuk menggantikan Khalid perlu skrip lebih panjang untuk digarap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. – bnbbc.my

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free