Norway merupakan sebuah negara yang terkenal dengan sistem penjara liberalnya.
Terdapat kira-kita seramai 115 orang banduan yang ada di pulau penjara Bastoy ini dimana mereka boleh pergi ke mana sahaja sesuka hati mereka asalkan tidak keluar dari pulau tersebut. Terdapat ramai pengawal bersenjata yang mengawal dan sekeliling pulau telah dipagar untuk menghalang mana-mana banduan daripada melepaskan diri.
Ramai banduan yang ditempatkan di pulau ini telah disabitkan dengan jenayah yang serius iaitu bermula dari pengedaran dadah, rogol dan bunuh. Idea pulau penjara Bastoy ini dibina bukanlah bertujuan untuk menyinggung perasaan rakyat Norway dengan memanjakan penjenayah dan bukannya menghukum mereka tetapi ianya bertujuan untuk mengubah sikap mereka.
Semua banduan di pulau ini mempunyai pekerjaan yang mereka perlu melaporkan dari jam 8:30 pagi hingga 3:30 petang. Antara pekerjaan mereka adalah seperti berkebun, pertanian, menjaga kuda, dan lain-lain lagi. Mereka akan dibayar kira-kira $USD10 (kira-kira RM30) sehari sebagai gaji mereka untuk membeli barangan di kedai runcit dan lain-lain. Pihak penjara juga menawarkan mereka menu makan yang pelbagai untuk dipilih sebagai makanan mereka setiap malam.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment